Salam.semua. aku nak.cerita satu kisah lebih kepada kifarah. Hidup nie kalau tak percaya allah dan lebih percaya pada benda2 khurafat dan syirik memang tak akan ke mana la kan? Aku dan kawen, dan tggal dengan mertua. aku nie pendiam sikit tapi diam2 aku memang ada sesuatu..
MIL aku is a big queen control.. terkenal dengan orang yang ada2 kat kg. Dan paling aku tak suka sikap dia ialah rasa diri dia tinggi dan baik dan hipokrit tersangat.. dia suka cerita kisah buruk orang. kira membawang je lah hari2. mana2 dia pergi kalau tak mengumpat buruk rumah tangga orang memang tak sah. Nak jadikan cerita ,masa aku nak kawen dengan anak dia aku tahu dia ada ubatkan aku, dengan bomoh, bukan ustaz ok. (tahu semua nie lepas dah lama duduk sekali)
Masa awal kawen dulu setiap kali masak aku nmpak dia letak sesuatu dalam nasi yang dia masak letak gula dari balang lain dalam minuman setiap ahli dalam rumah tabur beras kunyit. masa tu serius aku tak terfikir apa just makan And now bila aku tahu dia kaki bomoh, aku tersedar aku nie banyak menurut cakap dia dan anak dia. Sampai one day, aku termenung aku terfikir kenapa aku ikut sangat cakap diorang sampai aku sendiri stress.. mil suruh aku buat tu aku buat. Laki aku chat dengan prempuan lain pon aku just ya kan je, maafkn gitu je.macam orang tak da perasaan..
Aku sendiri tak kenal sapa diri aku.Tapi sekarang aku sedar, sebab aku nmpak. apa yang dia buat. even laki dia sendiri pon dia ubatkan. sebab nak kan. duit dan harta je… dia jeles laki dia selalu tolong adik beradik dia.. selalu bagi duit kat adik beradik laki dia. Entah lah, aku pon tak faham kat mana salahnya kalau suami dia nak bantu adik2 dan kakak dia. bukan nya dia tak tunaikan nafkah dan tggungjawab…
And hari nie i got news that. kakak ipar or kakak. kepada suami dia pernah ubatkan suami mil aku supaya tak ikot cakap mil aku. Yes aku rasa memang patut kakak dia buat macam tu. mil aku memang mata duitan. memang jelas sangat. kadang tu kalau nampak aku dengan laki berbelanja, dia mesti minta duit dan ungkit duit yang pernah dia bagi. bukan lah kami tak bagi langsung duit, bagi setakat yang kami ada je lah…
Aku macam kesian kat dia, nak kejar kesempurnaan sampai sanggup syirikkan allah. dan aku takut satu hari nanti bila. dia jatuh dia tak dah tempat berpaut. Nak nasihat pon tak guna. aku pon dia letak bawah tapak kaki je.. Semua dah termakan dengan ubat guna2 dia..
Mesti korang nak cakap aku buka aib mil aku kan. Tak kisah lah. aku dah hadap macam2 yang mertua aku buat kat aku..
Sampai aku tak rasa aku nie menantu dan istri kepada anak dia. aku sabar sebab kesian kat dia kalau aku lari, segala cerita buruk dia akan terbongkar, kang meroyan plak. ok lah aku cuma nak cakap dalam hidup nie, macam mana pon kita jangan la rasa diri kita terbaik sangat. Jangan kejar kesempurnaan dunia.. jangan hina orang yang diuji Allah..
Yang penting jangan sesekali syirikkan allah jangan percaya khurafat.. Andai allah balikkan segala perbuatan kita. menyesal pon tak guna. Semoga Allah hadirkan seseorang untuk menegur mil aku. Smpai.sekarng dia hidup percaya pada minyak jampi bomoh. percaya segala yang di jampi bomoh. Mungkin aku nampak b0d0h sebab aku hanya mengikut tappi aku percaya allah ada..aku usaha elak dari terpengaruh amalam khurafat sedaya aku. Mak pernah pesan biar orang buat kita. Jangan kita buat orang..




