salam..admin. tolong siarkan ye. ni bukan acc saya..ni fake account. semata2 nak luahkan perasaan kt sini. Saya seorang suri rumah. Yang sebelum ni saya bekerja. Di salah sebuah syarkat kat Kl. sekarang dah berhijrah balik ke kampung halaman dan tak bekerja. Kami belum ada rumah sendiri. dan kami menyewa. Sebab memikirkan ketidakselesaan bila menumpang di rumah MIL atau umah mak. Rumah MIL dengan rumah mak tak jauh sangat. dalam daerah yang sama.
Suami kerap ajak balik rumah MIL sampai berminggu-minggu tak balik rumah sendiri dengan alasan mak dia tidur sorang2. Saya kerap juga membantah. bergaduh mulut. Tapi masih saya turutkan juga. Anak saya ramai. memang tak selesa sebab anak2 saya tak fasih cakap bahasa negeri kami (kelantan) jadi bila MIL minta tolong apa2 msti anak2 macam blur dan akan tanya balik. jadi MIL suka marah anak2 dan bagitahu anak2 saya degil. Kadang2 saya naik hantu juga. memang saya pukul anak2.. debab geram sebenarnya. malam2 bila anak2 tido. terasa bersalah pada anak2.
Last week saya balik rehat rumah mak saya. dan suami duk umah mak dia. Lepas saya balik rumah mak saya. suami cakap mak dia bagi tahu tak kisah kalau nak pindah rumah dia. tapi isteri ko tu jangan membebel. mak pening kalau orang marah2 anak.. untuk makluman semua saya sekarang dalam pantang. Macam maner saya tak membebel. Suami saya ni macam pemalas bila balik duk kampung. saya fikir bila balik kanpung.. kos makin kurang tapi sebaliknya yang terjadi.
Suami duduk mengharapkan mak dia.. sedangkan saya hari2 duk bebel minta cari kerja tetap sebab saya malu nak meminta2. saya tak ade meminta duit. Setakat ni saya masih ada saving dan gunakan duit saya untuk belanja anak2. tapi suami macam tak ade langsung rasa nak cari pendapatan. memang sedih terasa. kita sebagai isteri kalau dah stress dari nasihat biasa. bila lama2 dah jadi membebel sebab sekali nasihat tak jalan. last2 MIL cakap saya hari2 membebel.
Saya memang rasa tertekan. macam suami ni jenis tumggu je. kalau ada duit hari ni. cukuplah untuk makan hari ni. sedangkan anak2 nak buka sekolah pun dapat ehsan dari saudara2 trdekat. Sedih rasa.. Semalam saya balik ke rumah sendiri. dah cukup 40 hari. Rumah saya dah lama kosong. Balik je rumah. dia belikan nasi bungkus. Saya bagi tahu nasi saya tu simpan dulu. saya iron baju sekolah anak2 dulu. sekali dia ngamuk2. Saya cakap dengan dia. macam ni ke awsk layan saya sebagai isteri. sekali dia tendang meja terkena peha saya ya Allah perit saya rasa..
Masa dia tendang tu anak saya yang sulung tengah rubab baby anak saya menjerit dan menagis yang no 2 datang peluk sambil nangis dan tanya mama ok ke tak. Lepastu suami duk ulang2 ayat ko memang nak minta cerai kan. saya jawab lah. silakan bagi. dh lama saya tunggu. ya Allah tuhan je yang tahu. saya kalau tak fikirkan anak2 memang dah lama dah saya pergi pejabat agama…
Setiap kali bergaduh mesti cakap nak cerai pastu duk ulang2. ko cakap balik kampung ko nak kerja. sampai sekarang ko tak kerja. Ya Allah. Sedangkan saya tengsh hamil sebelum ni. sekarang ni pun pantang tak habis lagi. macam maner saya nak kerja. Saya perlukan kata2 semangat dari korang semua. Maaf kalau banyak tulisan short form.. tengah menaip sambil menyusu baby. tq admin




