Salam untuk semua.. Aku dh 3kali minta pendapat dari kawan2 dekat KRT ni.. Hari ni aku rasa aku sorang pompuan yang sangat malang Ibu yang tak berguna Seorang isteri yang gagal menjaga rumahtangga.. Semalam suami aku dah buat keputusan untuk berpisah dengan aku.. Dia berjanji anak tetap berkawan dengan aku demi anak2 kami.. Aku silap selama ni aku yang salah selama ni aku terlalu percayakan dia hingga membuka ruang untuk orang lain hadir dalam hidup kami sekeluarga.
Walau segunung kasih sayang aku terhadap dia, walau sebesar lautan Cinta Aku yang tersisa untuk dia dh tak mampu mengubah apa2 lagi. Dia cinta pertama aku dan dia cinta terakhir aku… Tapi sayangnya bukan aku cinta terakhir dia…
Dia suami yang baik dan ayah yang sempurna untuk anak2 aku… Tapi dia tewas dengan seorang JANDA beranak 7… Ya Allah.. Berat sungguh ujianMu untuk ku… Aku mohon agar ada yang sudi mendoakan aku.. Doakan kekuatan untuk aku teruskan perjalanan hidup aku ni demi anak2 aku yang masih kecil yang takmungkin memahami keadaan ibu ayahnya..
Untuk abang, pergilah dan jangan kau toleh untuk memandang aku disini… Selama kau nikahi aku 12thn terlalu banyak kenangan kita lalui bersama… Tempoh perkenalan selama 23thn apa kau masih belom dapat memahami ku? Pergilah sayang semoga Allah berikan kebahagiaan untuk abang dengan si dia… Hanya satu ku pinta jangan kau lupakan 2 puterimu yang kau tinggalkan untuk ku… Untuk warga KRT terima kasih sudi membaca dan sudilah kiranya jika titipkan doa dan sokongan buat diriku yang teraniaya




