Assalam admin…tolong hide profil saya.
Adik saya 0KU. Dia krja dengan gaji 1000 saja cmpur elaun oku 300 dapat lah sebulan 1300. Adik dduk dengan mak dan ayah di kampung. Belanja hari2 semua duit mak ayah. Adik saya tu pndai menyimpan duit sedar2 dalam ASB ada 17 ribu. Dia kawin semua guna duit sendiri. hantaran 7 ribu dll 3 ribu. ayah support lauk kenduri. Dapat isteri tak kerja maka bermula la episod rumah tangga mereka.
Isteri adik normal tapi pemalas sikit, suka berbelanja itu ini. lepas kawin mak bagi adik cash 5000 sebab mak dapat duit yang dato naj!b bagi sorang 15 ribu dulu. Ayah peneroka felda. Harapan mak duit tu adik akan bubuh asb balik topup duit belanja kawin hari tu. Tapi rupa nya dapat kat bini dia siap beli ipad baru, hp baru dan power bank yang hebat lah bagi sorang suri rumah tak buat kerja satu habuk pun.
Kami prhatikan saja lagak bini dia yang acah2 berduit. Bini dan mertua adik suka keluar brjalan2 soping sana soping sini. Adik tak ade kereta. Kemana2 mereka akan guna kereta ayah saya. ayah diam saja sebab bawa besan. Mula2 prgi dekat2 saja tapi lama2 sampai terengganu dan penang. Mereka hanya guna kereta ayah tapi bab servis tak pernah langsung. Suatu hari saya blik kampung tengok kereta ayah tayar botak minyk hitam tak tukar. saya cakap pada ayah saya nak tukar tapi ayah dan mak tak bagi sebab kalau tayar baru nanti lagi jauh mereka kuda kereta ayah.
Setahun kahwin adik dah tak ckup duit tiap hari pegi kerja mak kena hulur rm 10 duit makan tengah hari dia. Bini tak ade pun nak masak ke apa bagi laki bawa bekal sebab memang pemalas dan tak reti masak. Yang pelik nya walau baru lepas 3 hari gaji mak mesti kena hulur duit belanja kat adik.. nak tak nak mak hulur juga. Bila tanya tak kan gaji dah habis baru 3 hari.. Semua gaji adik serah pada bini dia.
Bini dia berhutang sana sini. duit gaji memang bayar hutang dia beli krim itu ini. kalau tengok tak lawa mana pun. Langsung tak menyimpan. duit asb dah tinggal 20 hinggit saja. Saya pernah tegur adik ipar tu suruh berjimat cermat dan menyimpan tapi dia tulis kat fb caci maki saya dia up status yang kakak iparnya suka campur tangan hal rumah tagga mereka. tapi dia tak sedar kalau tak ade duit adik saya akan msj saya sruh bank in duit konon pnjam tapi tak pernah bayar pun dan saya memang tak kisah.
Mak dn ayah saya hanya memendam rasa. Hampir dua tahun mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Dah tak kerja anak pakai pampes mahal. tak bagi susu badan minum ssu botol. masa tak ade anak pun korang tak cukup duit ini kan pula dah ada anak. Satu yang saya tak suka perangai adik ipar ni depan2 ayah saya dia melatah dan mencarut. memang jenis tak malu. Tiba2 rumah tangga mereka dilanda badai dan ditakdirkn bercerai. Anak tadi bekas bini yang jaga. Ex bini mntak 900 sebulan adik memang la tak mampu.
Adik saya bagi nafkah anak 300 sebulan dengan sebuah motor baru yang adik bayar bulan2. Ex bini selalu meroyan dekat fb dan status wasap kata adik saya tak brtanggung jawab dll lagi tohmahan. Dia juga slalu call mintak duit. Saya cakap pada adik anak tu ambil biar saya yang bela tapi sebenrnya saya sendiri tak ada hati dengan budak tu walau dia tak berdosa. Mak memamg tak larat sebab dah tua. Keluarga ex bini dia juga selalu burukkn mak ayah saya dengan kata2 kesat. mohon pndangn wrga krt.




