terma kasih kerana siarkan post saya. saya bapa tunggal yang prnah mendirikan rumahtangga selama 33tahun atas permintaan kedua ibu bapa saya dan di kurniakan 4orang anak. selepas 33 tahun melalui kesengsaraan akibat krisis rumah tangga berpunca dari sikap bekas isteri yang terlalu gemar melayan lelaki lain dan mengawal perbelanjaan termasuk kad atm saya, saya mgambil jalan untuk berpisah kerana isteri saya mengancam saya dan mengugut saya pelbagai cara.
setelah kami disahkan bercerai, saya bersedih kerna orang yang saya sayang tinggalkan saya dalam keadaan saya yang baanyak berhutang pada kerajaan. selain itu banyak harta hasil titik peluh saya juga dibolot oleh isteri saya..kerana banyak harta saya atas namanya.. setelah selang 5 bulan slps penceraian kami, ex wife saya berkahwin dengan lelaki yang tidak bekerja yang hanya hrpkan duit isteri. namun itu tidak aku kisah kerna aku tiada kaitan dengan semua itu
yang tinggal hanyalah duit pencen tiap bulan dan rumah selepas saya bersara. alhamdulilah, lama kelamaan hidup saya senang lenang berbanding dlu.. memandangkan anak2 sekarang semua dah berkahwin dan ada yang disara oleh suami mereka masing2. Dalam masa 10 tahun kami membawa haluan masing2, saya intip ex wife saya untuk saya sekadar amik tahu bagaimana kehidupannya selepas berpisah.
saya lihat dia bekerja keras untuk sara hidupnya kerana suaminya sorang penganggur. dan ada anak2 saya sendiri memberitahu bahawa dia berniaga lebih masa sehingga jam9 malam untuk membayar rumah sewa. anak2 saya memberitahu saya bahawa suaminya sibuk habiskan masa berjalan dengan kawan2 nya round pekan sementara ex wife saya berjualan cri rezeki. sehinggakan ex wife saya tercari2 suaminya di merata tempat. Selain itu ex wife saya dipulaukan oleh adik beradiknya kerana berkahwin dengan lelaki penganggur
setelah 10 tahun berpisah dan l0st contac, apa yang mengejutkan saya dia menghubungi saya semula menerusi telefon dan berkata dia mahu pulang ke rumah saya kerana suaminya tidak bertanggungjawab untuk sara isteri. sehinggakan dia berkata yang dia tak akan kisah apa anggapan jiran saya asalkan dia dapat balik ke sini.. dan dia berkata yang dia akan ikut semua cakap saya serta dia menunggu panggilan telefon dari saya untuk benarkan dia ke sini.. dia tak kata pun yang dia nak nikah semula dengan saya.
namun saya tidak dapat berbuat apa2 kerana itu masalahnya dengan suaminya.. saya tak mahu turut cmpur masalah yang tidak berkaitan dengan saya..asalkan dia tahu, yang saya tiada hati terhadapnya lagi. biarlah saya begini buat selamanya. cukuplah saya dah ada cucu 6orang yang boleh mengembirakan saya.. berbekalkan duit pencen yang ada,saya boleh sara hidup saya dan anak2. cuma saya mampu jelaskan kpdnya, jika dia mempunyai masalah rumahtangga, dia balik ke pangkuan adik beradiknya kerana kedua ibu bapanya sudah tiada..




