Asalamualaikum admin, mohon admin hidekan profil kawan saya, semoga admin dan warga krt di rahmatti Allah.
Sebelum ni saya bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah kedai makan, dan saya bertunang dengan seorang angota. Tunang saya baik Alhamdulillah. Namun tak sangka tunnag saya disondol dek janda anak 2. Saya redha. Saya teruskan hubungan macam biasa. Mungkin dah bukan jodoh kami..
Namun selepas itu, saya berkawan dengan seseorang pula. Ni bukan angota tapi pegawai beruniform dan dia juga suami orang, 3 bulan berkenalan akhirnya kami keluar masa dan pertemuan kami berakhir di atas ranjang. Saya dan dia terlanjur. Namun dia menjanjikan jika saya mengandung dia akan menikahi saya kerana isterinya mandul. 7 bulan kami berhubungan macam suami isteri akhirnya saya mengandung. Saya tuntut janji dia, dan dia meminta izin pada isterinya namun isterinya mengamok. Sudah lah dia tua, mandul monopos dan hodoh, masa tu kenapa dia nak mengahalang. Dia suruh pilih antara dia dan saya. Tapi lelaki itu memilih dia. Saya redh..
Tapi tak sangka lelaki itu berjumpa saya dan mengajak saya nikah di thai. Saya setuju sebab saya pun sayangkan dia. Dan sekarang dia sudah menjadi suami saya. Madu saya tak tahu pasal ni. Dan sekarang saya tunggu masa nak melahirkan. Saya ambil keputusan untuk berdamai dengan madu saya. Saya hubungi dia dan cerita semua pada dia. Saya tak mahu sembunyikan lagi, sebab anak saya benih suami saya, saya dan anak berhak mendapat nafkah, kereta dan tempat tinggal yang selesa. Saya nak bagi tau dia. Selepas saya melahirkan anak. Saya nak tinggal dia rumah tu.
Namun isteri mengamuk. Dia tolak saya sampai jatuh. Kebetulan suami datang. Dan saya bagi tau. Isteri dia nak bunuh anak kami. Dan suami tampar muka dia. Biar padan muka dia. Niat saya datang nak berdamai tapi dia nak bermusuh. Suami bawa saya balik. Suami cakap lepas anak saya lahir. Kalau isterinya masih perangai macam tu. Dia akan ceraikan isterinya..
Tiba lah masa saya melahirkan saya bagi tau suami saya nak tinggal di rumah isteri pertama Suami cakap saya kena sabar tapi sampai bila? Sampai satu tahap, saya sendiri bawa anak duduk sana. Saya masuk je rumah tu. Sebab saya isteri sah. Adil ke untuk saya tinggal d rumah buruk sedangkan dia rumah mewah? Dia menghalau saya. Tapi saya tetap bertahan. Saya call suami suruh datang. Suami datang. Saya suruh suami pilih saya dan anak atau si tua tu. Si suami senyap. Tetiba si tua tu bagi tau suami kalau dia mengandung. Celake sangat si tua. Aku geram sgt. Aku tolak dia min. Aku harap anak tu gugur. Tak sangka masih utuh. Sekarang suami yang nak ceraikan aku. Salah ke aku min? Aku nak tuntut hak aku je. Aku nak pergi mana?
Aku cakap pada suami. Kalau dia ceraikan aku. Dia sampai hati ke tengok anak yang comel ini? Dia cakap akan ambil anak ni? Aku tak akan beri min. Ni anak kandung aku. Yang masalahnya. Macam mana nak tuntut hak aku dan anak aku min? Bila aku pergi makamah dorang tak layan aku. Sebab pernikahan kami tak daftar lagi disini. Tolong aku.




