As salam wbt. Saya seorg lelaki yang dah berkahwin. Mempunyai anak seorang, umur dalam 1 tahun lebih. saya dan isteri hdup bahagia tiada masalah besar. Masalah kecil tu memang ada. Yalah lumrah bila ada ank kecil kerap kali isteri merungut penat dan kadang bad mood. Tapi saya tak ambil port. Saya tak ambil hati dan marah. Saya layankan ja. Kami suami isteri kerja gomen. Gaji seorang dalam 5k lebih. Kiranya pendapatan kami lebih kurang sama. So keluarga saya tiada apa masalah.
Cuma yang buat saya runsing sekarang saya berkenalan tanpa sengaja dengan seorang perempuan dan saya pun tak ada la expcet apa2 dengan dia masa mula2. nak di di pendekkan cerita, sekarang dia dah mula menaruh hati pada saya. dia pun kerja gomen. Untuk pngetahuan, saya dan dia jauh. saya di seberang, dia pula nun jauh di sana.
Saya ni pun jenis lurus bendul. so saya khabar la dengan isteri saya pasal hal ni. saya cerita dekat isteri saya dari A to Z. bila isteri dapat tahu hal ni, dia tak la marah. cuma berkali kali dia nasihat. Risau saya tak berlaku adil. Seakan akan dia tak yakin saya boleh kemudi 2 keluarga. manakala untuk pmpuan yang saya kenal ni, berulang kali dia nk minta no telefon mak saya. kononny dia nak berkenalan. tapi saya bagi alasan belum sedia. Lastly bila byk kali dia minta, dia pun give up. dia kata takpala kalau abg blm sedia. Pmpuan yang saya kenal ni taktau langsung yang saya dah berkahwin. pernah juga dia tny, ‘ada bnda yang abg smbunyikn ka dr saya, kalau ada please jujur bg tau. Sayag ok ja’
Sekarang ni saya mnta masa beberapa bulan utk buat persiapan kahwin dgn dia. Dan dia dan abang sulung dia pun kata ok. Mereka suruh saya ambil masa dan tak perlu trgesa-geda. cuma yang saya takut skrg ni, bila ja dia tahu saya da khwin, antara dua ja. dapat terima saya or tidak. Perempuan ni sangat baik, pandai masak, takpnah bercinta dgn mana2 lelaki ( first time lelaki yang dia suka adalah saya), tak layan org sgt masa di tmpat kerja. pokoknya bg saya dia perfect. insayaaAllah dlm masa trdekat ni, saya akn fly ke seberang brjumpa family kecil dia. ada jodoh Alhamdulillah. Tak ada jodoh pun Alhamdulillah. saya serahkn pada Allah.




