Assalamualaikum min. Hide kan Fb ku. Nama samaran ku mimi aku baru sahaja berumah tangga 2 bulan setengah dan aku pindah ikot suami setelah berkahwin dan sudah pon berhenti kerja. Setakat ni aku masih lagi tak bekerja jadi suri rumah sepenuh masa. Aku berkahwin dengan seorang duda anak 1 (cerai mati). Anak tiri ku berusia 12 tahun dan dia tak tinggal dengan kami sebab dari kecik nenek dan atuk dia yang jaga. Waktu cuti sekolah atau hari minggu baru datang rumah kami. Rumah mil dengan rumah kami jarak dalam 25 km dalam 30mnit.
Ringkas kan di sini. Aku stress min dengan perangai mil aku. Suami aku tak bagi aku kerja. Suami aku kerja singapore. Pergi awal pagi malam baru balik. Dia suke aku kat rumah sebab rumah bersih kemas je. Yang mil aku plak tak suka aku duduk rumah alasan gaji anak die (laki aku) tak cukup sorang je keje. Min, ko bayangkan waktu suami aku cuti, aku kena balik umah mil, bila kat rumah kami pula mil hari2 call aku. tanya itu ini aku masak ape, bagi tazkirah aku okey la bole terima lama2 min bole stress aku min. Aku bgtau hari ni aku masak tomyam,dia cakap anak aku kurang mkn tomyam, tapi bila suami aku makan, selera die makan min sampai tambah nasi 2-3 senduk.
Dalam pada mil aku call hari2, asyik sebut pasal tak nak cari kerja ka? Aku pening min. sedangkan aku dah kawin aku kena ikut cakap suami. Lepastu dia cakap aku ni memang suka duduk rumah ke, tak nak kerja bantu suami? Nanti takde pencen. Memqng cakap die betul. tapi kiteorang baru nak idup min. Umah kiteorang kerusi pon tak ade. tv untuk tetamu datang pon tak ade, transpot aku nak pergi keje moto tak ade.. Nak naik grab suami aku tak izinkan, naik bas.. Bas tak ade lalu kawasan rumh aku. aku kena jalan kaki 7km. tu pon nasib tunggu bas tu brape jam. Sampi mil aku cakap mase depan aku memang setakat ni je lepas kawen duduk rumah jage suami.
Aku belum ada rezeki anak lagi. korang doakan la yea. Serius aku memang bosan kat umah tapi aku happy sebab dalam masa sama aku masak, basuh, lipat kain, semua niat kerana allah dan untuk suami. Suami aku suka pada kebersihan. Itu belum lagi mil datang rumah, complain la susun atur perabot meja makan rumah tak kena dengan dia la, aku jadi stress min sedangkan ni rumah kami.. Aku sayang mil aku aggap macam mak aku, tapi min aku tak paham mil aku ni tak tau la dengan jiran pon die tak bagi aku beborak die takut aku ajak orang datang umah membawang. Aku bukan macam tu min. jenis aku peramah suke beborak, ramai jiran kat sini aku senyum borak sikit la dengan diorang sebab baru pindah. Hidup berjiran kene saling tegur menegur kalau jadi apa2 kan susah. Dengan jiran tak bagi bercakap aku fikir die nak bagi aku stress gile.
Min, suami aku cuti sminggu 1 ari. dengan 1 ari kena balik umah mil, lepastu sampai rumah mil aku kena tazkirah lagi membebel pasal kerja. aku rasa aku macam tak ade life nak luangkan masa dengan suami aku waktu aku cuti, waktu tu jadi terhad. Yela aku asal kerja kilang tak macam biras aku lain kerja opis.. Aku ni Spm je. orang kampung. Lain mil aku orang bandar. tapi aku tak rasa dengan keadaan die nak samakan dengan keadaan aku. Aku da cuba suarakan hati aku untuk kerja, tapi suami aku tak izinakn juga.
Bila 1 hari aku senyap tak ade call mil aku, nanti mil aku call, kalau aku tak jawab sebab bz masak dia mesej aku kenapa. aku paham dia amik berat tapi awal2 nye lah lepastu berpanjangan die membebel pasal kerja. Stress aku min bila aku tak kerja die hari2 call aku. Sampai aku rasa nak balik umh mil dah tawar hati.. Sebab aku stress orang membebel hari2 cakap bnde yang sama.. Aku nak tanya pandangan ahli Krt yang lain ada yang mengalami perkara yang sama atau boleh bagi cadangan yang bernas untuk selesaikan masalah aku ni?buat masa ni aku tak fikir nak bersikap biadap dengan dia,smpi kan anak tiri aku pon kesian tengok aku.




