Salam warga KRT. Saya nak bawa kisah berbeza. Saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai naluri terhadap lelaki. Perasaan ini terbina sejak zaman sekolah rendah. Tidak pernah sekelumit memintanya. Saya solat 5 waktu, sering berdoa. Pendek kata, saya mengamalkan kehidupan beragama. Saya juga berbakti pada orang tua. Apa yang saya alami merupakan dugaan yang amat berat. mungkin Allah ada sebab mencipta dugaan sebegini. Saya tak tahu nak mengadu pada siapa, cuma saya ada Allah. Saya sering menangis. Saya juga ada meluah pada sahabat baik, lega sikit tapi takdpt mengubah apa-apa.
Emosi saya sering tak stabil. Tambahan pula, saya ada menyukai seorang rakan kerja saya yang sering lepak bersama. Saya pendamkan sebab itu bukan fitrah dan saya mungkin akan dihina. Saya memikirkan jalan utk berpindah sebab kejadian seperti ini pernah berlaku 5 tahun. Jarak dan masa merupakan ubat terbaik melupakannya. Warga KRT sekalian, apa yang saya alami bukan saya seorang. Ini mgkn yang dihadapi oleh kbykn orang. Jadi, nasihat saya; pantau anak lelaki anda. Benda2 macam ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Orang boleh menghina tetapi orang tak mahu memahaminya. Dalam masa yang sama, bagi kaum wanita pantaulah suami-suami anda. Benda ni kalau dah sebati, sukar nak ubah walau dh kahwin. Hanya kekuatan iman dan petunjuk Allah boleh mengubah.
Sehingga sekarang, saya masih tak mampu nak berubah naluri saya pada lelaki 100%. Semoga satu masa Allah akan makbulkan doa saya agar mampu mencintai wanita dan mengubah kehidupan. Di hati kecil, saya nak berkeluarga dan ada anak tapi saya takde langsung perasaan pada wanita setakat ini apapun jangan sesekali putus asa dan tinggalkan agama walau seberat dugaan ini. Warga KRT, doakan orang macam saya. Hampir tiap hari saya rasa tersiksa dgn perasaan ini. Semoga Allah juga akan memudahkan urusan tuan-puan. Amin




