Assalamualaikum admin dan warga KRT sekalian. Saya terpaksa create fake account untuk pm admin kRT ni sebab tak mahu sesiapa mengetahui identiti saya.
Saya seorang isteri. Dikurniakan dua orang cahaya mata. Alhamdulillah. Kehidupan rumahtangga saya biasa-biasa sahaja dan nampak baik-baik saja dimata orang yang tak tahu apa masalah kami sebenar. Susah tak senang pun tak. Kadang-kadang bahagia tapi selalu berduka. Saya pendekkan cerita ya, sebab kalau nak cerita A to Z nanti panjang sangat dan takkan ada yang akan baca sampai habis kan?
Suami saya pernah kantoi banyak kali ada skandal dengan perempuan lain.
Pada suatu malam tu suami keluar katanya nak jumpa kawan. Memang die pergi jumpa kawan tapi selepas die jumpa kawan dia tu dia pergi jumpa seorang perempuan ni. Kantoi dengan saya. Dia balik rumah saya tanya siapa perempuan tu. Dia taknak mengaku. Jadi saya cakap kat dia. “Daripada abang duk berskandal, buat dosa baik abang kahwin je dengan perempuan abang tu”. Dia masih tak nak mengaku yang dia ada skandal.
Malam tu juga saya tanya dia apa yang dia nak sebenarnya dalam hidup dia? Tak bosan ke hidup macam ni? Takde ke terdetik dalam hati tu nak hargai dan jaga perasaan saya. Dia jawab entahlah. Saya minta dia jujur. Dia jawab dia nak kahwin dua dan hasrat tu memang dari dulu lagi ada. Saya senyap. Kelu tiba-tiba. Dia tengok saya dan dia cakap “Bila dah cakap betul tak boleh terima kan? Terpulanglah nak terima ke tak. Aku nak kahwin aku kahwin je. kisah apa aku.”
Saya terus jawab ” Kahwinlah daripada buat dosa tu” dari malam tu saya betul2 redha kalau dia kahwin lain sebab saya tak nak dia buat dosa dah dan nak tengok dia berubah. Saya terlalu menyayanginya dan tak yakin nak hidup sendiri tanpa dia Dia minta saya carikan calon untuk dia Saya cari dan sekarang saya sudah jumpa calon untuk suami saya tu.
Jadi saya nak minta kata-kata semangat dari pembaca yang menjadi isteri pertama. Bagaimana tetap redha, pasrah, kuat dan sabar bila suami nak berpoligami? Kalau boleh kongsikan pengalaman anda sekali untuk saya jadi lebih kuat. Mungkin akan ada yang kecam saya kan? Tapi takpe saya hati kering. hihi.. bagi saya selagi tak bertentangan dengan agama, saya akan turut je kehendak suami. Poligami tak salah pun. Buat apa nak bercerai kalau berkongsi tu lebih baik kan? Doakan saya tetap kuat, tabah dan sabar dengan ujian ini. Mungkin dengan cara ni saya peroleh kebahagiaan yang saya impikan selama ni.




