Salam KRT, saya ingin meminta sedikit nasihat dan pendapat dari semua. saya baru berkahwin 4 bulan dan hari-hari saya stress sebab isteri seorang yang suka menyuruh, hampir ada saja benda yang tak kena. contoh bila dia memasak dia akan suruh saya duduk depan tunggu dia siap masak tapi lepas tu dia marah saya sebab tak tolong dia masak, bila sayang tolong dia masak dia akan marah saya suruh pergi duduk depan. kadang kadang dia suruh saya makan dulu sebab makanan tengah panas nanti sejuk, bila saya makan dia akan marah kenapa makan tak tunggu dia padahal dia dah marah saya suruh makan dulu.
Bila saya basuh baju pakai mesin basuh dia akan marah saya biar dia buat, bila saya tinggal kan kain tu dia suruh saya sambung kan basuh kain dan kata saya tak tolong dia. isteri ada beli roti katanya kalau lapar nanti makan la, saya bangun pagi makan la roti sebab lapar jadi bila isteri bangun dia marah kenapa tak cakap lapar dia boleh masak. maka selepas itu saya ada kejut dia bagitau saya lapar dan tunggu dia bangun masak, saya kena marah lagi sebab saya lapar.
Lepas tu dia boleh cerita kat kawan kawan dia saya kejut dia bangun pagi sebab lapar, pagi tak pagi la kalau dah pukul 10 lebih. saya pon dah tak tau apa benda yang isteri nak sebenarnya.
Bila makan nasi pulak dia memang bagi saya makan banyak dan cakap abang makan banyak banyak lepas tu bila saya makan habis kan dia marah saya makan banyak. saya jadi stress, bila pergi check darah tinggi saya naik. setiap hari stress, sebab isteri memang marah naik kan suara bukan marah manja manja. tolong hide nama saya ye. terima kasih




