assalamualaikum admin…mnx hide kan saya punya profile ye. assalamualaikum warga krt. saya tak tau nak luah kat sapa lagi. harap lepas saya luah kat sini hati saya tenang. macam ni saya dah kawen 2 tahun lebih. tapi saya tak faham dengan suami saya ni. selama saya kahwen dengan dia. sekali pon saya tak penah tengok dia ikhlas bawa saya keluar beli barang or jalan2. Apa perasaan awak semua? bila awak minta suami bawa awak beli barang or jalan2 tapi suami awak cakap nanti lah. sekrag bizy la. tak sihat lah. Dia suka tanguh2 bila saya ajak kwluar tpi bila kawan2 dia ajak keluar on time.. anytime.
Saya bca whtsapp dia. nak kata selalu la dia ajak kawan2 dia keluar lepak. istri sekali pon tak pernah ajak keluar. Sedih sangat hati ni. seolah macam duduk dalam penjara yang langsug tak tau dunia luar. memang dia akan bawa juga saya keluar tapi. dari tengah siap sampai balik rumah membebel macam buntut ayam. secara jujur saya cakap saya tak penah gembira keluar dengan dia. kalau keluar je. mesti dia nak cepat balik. tak sihat la. Ada keja lah. Sedih sangat.
Baru ni dia janji nak bawa saya beli barang. Sampai hari ni tak bawa. alasan balik keje je buat macam tak larat. kadang balik lambat alasn banyak kerja. alsan nak tengok bola. Tak sihat la. yang pling saya sakit hati boleh pula dia kelua lepak dengan kawan sampai tengah malam. hilang pulak segala skit dia. saya boleh je nak drive tapi kami tak ade kereta sebab kereta kami jual dah sebab ada mslh kewangan sikit. masih tak berapa nak stabil sebab saya tak kerje husbnd keje sorang.
Saya duduk dengan bapa mertua saya so kereta memang pakai yang pak mertua jela tapi saya segan la kan nak drive kereta pak mertua saya sebab kereta mahal. cume dia je la saya harapkan nak pergi mane. saya kat sini tak ade sapa2. family saya jauh. sapa saya nak minta tolong?? suami saya pon tau apa tu bosan. Kalau dia tak bosan tak kan la dia keluar cari kawan kan? mungkin dia ingat saya ni hati batu kot tak ade perasaan.
Sebelum ni saya kerja tapi cuma casual je. saya da tolong dia cari duit tapi kerja rumah dia malas nak tolong saya. dia cuma tau mengarah. apa dia tau bangun tido men enset sampi tido. bila rumah bersepah salahkan saya. sian kat ayah dia la apa la. Sedangkan taggung jawab dia kat ayah dia. saya kalau tak buat apa2 kat rumah tu tak berd0sa pon sebab tanggung jwab saya hanya untuk suami saya bukan famly suami saya. Bukan nak selfish tp berpada juga la buat saya macam orang gaji.
Ayat suami saya istri ni lebih dari Orang Gaji sedihkan apa dia cakap tu? dah lah pakaian adik dia saya yang basuh sidai lipat. tapi adik brdik dia langsung tak tolong. Sekurangnya tolong la angkat kain ke. buang smpah ke. hum pagi keja rumah bersih da. balik selerak sape yang dipersalahkn? saya juga. kata saya tak pandai buat kerje la. malas lah. saya penat sangat. dah la kerje penat balik kerje pulak suami cakap macam2 stres giler.
Sekarang kontract saya dah abis. Saya cakap kalau nak saya kerja saya nak pindah rumah. kalau dia pandai hargai saya tak ape. ni langsung tak hargai apa saya buat. saya sakit minta tolong urut boleh dia buat tak tau je. memang sedih sangat. sampi sekarang kalau saya sakit langsung saya tak pernah nak mngadu kat dia sebab saya tau dia tak kan peduli. sekarang ni saya da fedup dengan suami saya. jadi tawar hati. saya pon tak berapa nak berckap dah dengan husbnd saya.
kadang dia balik kerje saya lari masuk bilik sebab saya jadi sakit hati tengok muka dia saya tau saya berd0sa saya tau saya derh@ka sebab buat macam tu. saya tak tau nak buat macam ne bagi epy kan hti saya ni. bgi ikhlas. saya tak tau macam ne nak buat dia lepaskan saya. saya tak boleh hdup macam ni. Tekan apa saya patut buat ye? kalau saya pegi makamah agak2 kes macam ni boleh ke saya nak tuntut cerai? buat apa lagi bersama kalau tak happy kan? dia je yang happy saya pon tak tau dia happy celah mane. yela mngkin dia happy sebab fmly kawan2 semua dekat dengan dia. rase nya kalau dia berjauhan dengan kawan fmly dia mesti dia rasa benda yang sama juga kot.




