Assalammualaikum min..tolong siarkan min dn Hide profil ye min.. Tq. Min. Aku tak tahu nak mula dari mana. Macam ni cerita dia. Aku kawan dengan dia dah 4 tahun.. Dia single mom min.. Masa mula2 kenal dulu dia ni bukan lah seperti sekarang. Dulu dia tak punya apa2. Apa saja yang dia dalam kesusahan aku akan jadi orang pertama yang ada dengan dia.. Aku selalu gembirakan dia.. Dia pula selalu cakap dia tak pernah jumpa lelaki macam aku.. Tak pernah ambil kesempatan pun dekat dia..
Dia selalu suruh aku janji jangan tinggalkan dia.. Jadi apa pun dia nak aku ada dengan dia. Aku tolong dia dapat kan kerja yang lebih baik.. So dari dia menyewa kami sama2 pergi cari rumah.. Tolong dia buat loan.. Susah payah renovate rumah bagi selesa.. Then macam2 lagi lah.. Henpon, barang kemas semua aku bagi dia min bukan nak mengungkit tapi aku nak bagitahu betapa aku menghargai hubungan aku dan dia min..dan aku bukan lah orang yang suka mengungkit.
Memang aku sayang gile dengan dia.. Apa saja kehendak dia aku tak pernah tolak.. Dia selalu cakap tak pernah ada mana2 orang sayang dia macam mana aku sayang dia min.. Tiba2 dia pergi mengejut.. Aku tahu semua ni sebab aku.. Kerana terlalu sayangkan dia min aku selalu nak ambil tahu apa yang dia buat.. Rupa2nya over concern kita mungkin dia tak anggap sebagai kita ambil berat.. Itu yang buat aku sedih sangat2.. Setengah gile juga aku dibuatnya.. Sampai sekarang ni..
Aku tahu dia ada follow page ni.. Kalau dia terbaca aku nak dia tahu yang aku tak marah, dendam atau pun salahkan dia.. Jika aku perlu melutut pun aku akan buat min.. Hanya orang yang mengenali awak lebih dari orang lain. Hubungilah aku. Moga Allah membuka kan pintu hati awak untuk ceritakan kenapa awak berlalu pergi dari saya.. Dimana awak berada pun saya mohon Allah lindungi awak dan anak2.. Untuk warga krt uncle dan untie onions.. Doa saya dpt bertemu dengan dia.. Tq.. (sorry panjang sikit cerita ni.




