salam min. pinjam fb member jap ni. saya nak tanya pndapat semua. yang mana rasa nak kecam tu silakan. harap rumah tangga korang bertambah bahagia. Begini ceriternya saya ni bini no 2 kawen dah masuk 4 tahun kawen pula kat siam kompom la kawen senyap2 tanpa pngetahuan bini tua kan. lani saya anak sorang. Suami alhamdulillah buat masa ni agak adil la.
Madu? baru2 tahu kami nikah tak payah cerite la, macam anjing dengan kucing tapi sekarang ni alhamdulillah hubungan kami berdua dah macam besfriend. selalu bertanya khabar dan pendapat. Boleh dok pergi makan angin bersama. prangai kami berdua bila di belakang suami pun agak gila2 sikit maybe rasa bebas kjap kot bila tnpa suami haha.
Sampai orang tegok pun tak percaye. Entah bomoh ape suami pakai tak tau huhu.. tapii lani masalah saya. dalam fikiran asyik nak berpisah je dengan suami. nak cakap benci tak juga. Sayang pun tak. tapi persaan nak menjauh dari suami makin hari makin mengila. Pernah saya brsuara minta di lepaskn cara elok tapi suami taknak lepaskan.
Saya juga pernah bincang dengan madu hal ni. madu saya juga tak setuju alasan dia takut suami kawen lagi. suami juga pernah cakap kat kami berdua dia memang tak boleh berbini sorang. madu saya cakap lagi kalau suami dia kawen lagi tak kan mungkin dah dia dapat berbaik baik dengan madu bar dia seperti dengan saya selama ini. dn dia terpaksa hadap karenah madu baru dia yang tak tau macam mane lak.
kesian pula saya dengar keluhan madu saya tu. anak2 dia pula begitu mesra dengan saya dan anak saya. Sekali fikir kesian juga kat madu saya. tapi dua kali fikir niat saya nak bagi balik suami dia yang saya ambiil dulu. Saya nak belajar hidup solo. sambil tebus kesalahan saya pada madu saya. bermadu memang pahit kata orang tapi ade juga manisnya.




