Salam min mungkin aku mengalami depression aku nk minta pendapat kt sini..
aku dlm pantang 40hari laki aku jaga sangat baik semua kerja dia buat,mainan dia masak dia hidang mcm permaisuri dibuatnya. tapi dalam pantang ni aku pantang ala kadar je sebab anak aku yang baby 2 kali admit icu dan 1kali admit wad kanak2 aku banyak ulang alik ke hospital ..
bila balik dari hospital aku mengalami depressi0n. aku mula dengar suara perempuan panggil nama aku ni tiba2 kat mata aku ternampak yang aku tikam laki aku lepastu curah air panas kat anak2, aku pijak anak2 tapi setiap kali mata aku nampak macam tu aku terus istifar..
Benda tu memang real aku nampak kat dalam mata macam tengah betul2 terjadi depan mata. aku nampak seluruh kejadian tu sangat2 real. pernah terjadi suami tertinggi suara aku terus mengamok aku tak nak susukan anak aku lepastu termenung je aku dukung anak yang baby aku bawak keluar masa tu tengah hujan lebat aku berjalan tanpa aku sedar aku nak campak anak aku kat luar .
sebelom aku nak buat aku ternampak dalam mata aku campak anak aku ketanah aku tersadar aku terus mengucap masuk rumah..
kemudian benda tu jadi lagi aku termenung macam orang kena rasuk aku asingkan Anak sulung dalam bilik belakang, baby bilik depan aku keluar nak lari tinggalkan anak2. tengah berjalan macam orang kena rasuk aku terdengar Ank nangis terus aku tersadar. aku sangat takut kalau aku tak boleh kawal. aku bagi tahu kat suami aku dia pelok aku minta aku ingat Allah. suami aku risau nak kerja sebab aku duduk sorang-sorang kat rumah. mak bapak aku meniaga keluar pagi balik tengah malam. aku sangat2 risau. bantu bagi pendapat apa yg aku harus lakukan. tq min




