Salam admin sila hide profile saya…
Saya telah berkahwin 7 yrs dah dengan suami dengan anak perempuan semua 3 orang kecil lagi 6 tahun 4 tahun dan 11 bulan. saya ni hidup makan hati je dengan suami yang berkira dengan anak bini atau senang cite kedekut. Tapi yang saya pelik dengan kuarga dia boleh pula semua tangung bukan setakat mak bapak tapi kakak2 adik2 yang dah kahwin serta anak buah yang ramai tinggal 1 rumah. Ada abang ipar yang tak kerja semua duduk sekali atas rumah tu. Dia yang tanggong semua. Semua atas bahu die.
Saya selalu makan hati pendam jiwa. Nak itu ini tak boleh semua membazir tapi bila kuarga die minta itu ini makan itu ini ada plak duit. Bila saya minta itu ini selalu cakap takde duit. Sampai saya pernah cakap biarla tak ade duit itu doa tu. Tipu anak bini doa makbul. Dia bagi alasan sebab saya ada gaji. Sebab tu die buat tak tau je barang2 rumah. Barang2 rumah saya beli sendiri dengan gaji saya. Perabot peralatan rumah sume saya beli. Bill2 saya bayar sendiri. Anak2 saya bayar.
Untuk pengetahuan masa kahwin dengan dia, die cuci kaki je semua barangan rumah dah complete sebab saya kahwin lambat usia 29 semua bende saya dah ada sendiri. Die susah nak beli barangan rumah. Saya boleh bilang yang guna duit die beli katil dan. Mesin basuh je, tv meja makan sofa, air, saya bayar sendiri bulan2, bill tepon, bill internet, bill air, barangan anak2, tukar gas, mainan anak2, minyak kereta saya sendiri. Pendek kata saya semua la.
Die bagi sikit je untuk tampong. Rumah tak payah bayar dah duduk kuaters kerajaan gaji saya tolak untuk rumah. yang tu pun tak pernah nak hargai. Sebab saya kerja ada duit sendiri. Gaji kami lebih kurangla 6k both. Saya sendiri tidak tahu duit die habis kemana. Bila tanya die cakap dia kerja kuli sahaja. Semua pasai kewangan die tak bagitau saya langsung even handphone pon ada password. Tak boleh pegang langsung.
Paling saya sakit hati time pegi pasaraya dengan kuarga die1 trolly untuk saya 1 untuk kuaga die Bile time kat kaunter die akan kutip barang2 die dan keluarga die bayar. Yang saya dan anak2 bayar sendiri. Bebulu mata sangat2 terasa saya. Kadangkala bila. Mai sakit ati saya minta depan2 tu tolongla cover2 sikit barang2 rumah kot depan mak bapak die. bukan nak nasihat anak lelaki dia tapi sengih2 je. Tak dinafikan dia nim seorang anak yang baik pada ibu bapa tak pernah saya no anythg apa mak bapak ckp.
Bila fikir balik kdgkala terdetik saya tak halal dunia akhirat bila jadi macama ni. kereta saya bayar, bill2 saya bayar, pampers susu sama2 beli tapi banyak saya la beli sebab saya jenis malas nak meminta dan malas nk berkira perihal anak2. Rosak apa2 kat umah saya kene fikir cari orang baiki. Abeh dia jadi laki buat apa. Satu lagi perangai die tu lebih mementingkan keluarga die sahaja. Keluarga saya jangan haraplah nak ambik tau. balik kampung terperapp dalam bilik sahaja. Saya layan keluarga die macam raja.
Ermm kadangkala fikir die ni tak sesuai jadi suami jadila anak mak sepanjang masa. Sian anak orang jadi makan hati je. ni saya dah 2 minggu tak bertegor kes nye sebab berkira dengan anak sulung 6 yrs tak beli bunga berkira rm30 je kot. Tapi time convoi anak buah die laju je bayar rm50 bunga convoi. hangenla saya mula la. Mengukit dengan anak2 berkira tapi dengan orang lain ada duit pulak. Alasan sebab anak saya baru 6yr. Saya cakap bagi la bunga dan coklat yang orang jual kat depan majlis tu sebagai bagi 1 semangat kat anak2. Last2 saya juga yang gi cari sebab nak tengok anak2 heppy..
Kawan2 sume mak ayah bawa bunga.. Padahai ada mak kot anak buah die datang sekali. Nape die sume nak kene galas tanggung jawab. Kalau untuk ibubapa die sahaja okla sebab mak bapak tak berkira sangat ni sampai adik bradik yang dah kahwin anak buah ipar duai Sape tak Makan hati. die jenis pantang kalau orang tegur pasai kuaga die. Perang dunia la. Banyak. Kali dah daripada 1stday kahwin lagi sampai dah 7yrs macam2 saya pendam rasa. kes sama je bila ada arguemt senyap tak nak cakap main lari2 tak nak jumpe.
Macam budak2 padahal umur dah nak. Ke 40. Banyak kali jugalah die dah naik tangan tampar nak cekik Kesnye sebab ungkit perkara pasai kuarga die bor0s kat keluarga dia ok tapi anak bini kedekut Saya kadangkala fikir nak hidup sendirian dengan anak2 daripada saya makan hati menanggung semuanya, itu ini saya buat sendiri baik tak payah kahwin. Saya boleh je sara anak2 saya pon kerja.. sekarang ni pun dah 2minggu tak bertegur sapa. duduk dalam dunia dia sendiri, mengasingkan diri, tido mandi bilik lain.
Anak2 tak tegor bini lagila sebab saya terasa sangat2 pasai nak cekik ritu sampai anak2 saya nampak pon cakap papa jahat. Macamana nak jadi pemimpin. kadangkala semua ini berpunca daripada dia tapi dia nampak saya je salah. Kerja2 rumah pon bila ditegor baru buat buang sampah, basuh baju, kemas2 tapi banyak saya yang buat dengan anak2 kecil lagi dia tau bagi arahan je ituini serba tak Kene, basuh baju kotorla, basuh pinggan kotorla, kemas mop vacum tak bersihla, kipas tak cuci,… Hei itukan sebahgian kerja2 suami juga. Jangan lepas tangan..
Anak2 saya nak hantar ke kelas mangaji bayar bulan 25 je kot tak bagi die suruh saya yang ajar alasan baik. Mak yang ajar sendiri. Saya dah cakap saya pon tak sempat nak urus diri balik2. Keje kene urus bab lagi masak lg. Mana sempat. Magrib ank2 kecik nak tido. Berkira sgt kan… Geramm jgk rasa. . Tapi die macam biasa bagi arahan sahaja pandai, mr perfect la konon. Saya pon tak tau lagi.. Minta kawan2 bagi nasihat terbaik.. Sebab kalau tak fikir pasai anak2 dah lama saya lari nim.