Admin hide kan FB aku yer. Salam semua..
Aku pernah share kisah suami aku kaki judi, kaki ice, kaki ganja sebelum ni. Dan hikmah di sebalik kesabaran aku ketaatan aku sebagai isteri. Dan aku pernah kongsi kisah aku selama 5tahun (fasa pertama) aku yang kisahnya panjang bagai novel buat semua orang benci nak habis kan baca Ada di antara kawan2 aku komen pada kisah aku tu. Aku tahu diorang tak tahu tu aku. Kalau diorng tahu mesti diorng faham kenapa aku macam ni sekarang yang diorng jumpa. Selalu ketawa senyum rasa bahagia jer dan kuat nangis. aku bergantung pada Allah taala bab rumah tangga ni..
Aku pernah rasa gagal pernah rasa lemah tapi aku kuat jugak demi anak2 dan kerana sayang suami, aku kesian kan dia mungkin jodoh kami ni untuk kebaikan suami aku jadi aku usaha ubahkan dia dgn izin Allah semua berjaya. Suami aku pernah kata dia menyesal pkul aku, tinggak aku dan anak terumbang ambing, balik jarang2, melepak, habiskan duit, merempat waktu rumah tangga sedang d uji dulu. Suami minta aku solat doakan dia.. Dia nak berubah. Dia minta aku bersabar.. Alhamdulillah aku mampu lakukan dengan keizinan Allah aku kuat lalui walaupun sakit.. Aku percaya pada hikmah Allah selepas aku lakukan satu pengorbanan..
Aku pernah gagal bersabar tapi aku yakin pada Allah. Jadi pada2 isteri yang sedang diuji seperti aku ingatlah jangan pernah gagal walaupun rasa gagal! Yang dulu dah berlalu. Kini aku sudah 8 tahun berkahwin bersama insan yang aku cinta dan sayang. Dia bersih dari daddah dia juga bersih dari judi. Dia seorang suami yang baik, dia sangat penyabar, selalu ingatkan aku benda yang ke arah kebaikan, dan die seorang papa yang sangat baik buat anak2.
Ada satu hari tu kami berkelahi waktu tu dia nak pergi kerja punca bergaduh sebab aku melawan kata dia dan menjawab aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam tu.. dia sabar sabar sabar tapi bila di hilang sabar di tertampar aku juga.. Sakit memang sakit kene penampar hahaa.. tapi salah aku la sebab melawan dan menjawab mungkin emosi aku tak stabil padahal benda kecil jer pun.. Suami aku whtsapp berkali minta maaf sebab tampar aku.. Aku maafkan malam dia sebelum nak tidur.. Aku pun mintak maaf kat dia atas cara aku yang melawan tiba2..
Kalau aku tak ajak dia pindah ke tempat lain mungkin dia terus hanyut di dunia dia..
Semenjak pindah ni dia berubah 100% dan tak mahu pulang ke tempat lama meskipun rumah mak ayah dia di sana, di ibu kota yang sesak dan sibuk dengan manusia. Kalau dulu gaji dia rm1850 aku dapat rm500 untuk nafkah dan selebihnya bayar api, air, rumah, kereta, sekolah anak2, barang dapur dan lain2.. Tu pun aku kena pandai sorok kalau tak habis la dia mintak balik ye lah waktu dia syok lepak mesin main game habis duit gaji dia kalau tak bagi habis dia selongkar rumah, tapi memang tak pernah selamat pun aku jenis malas nak bertekak aku bagi aje duit dia balik lantak la tak de makan ke rumah tak bayar ke api kena potong ke sebab die biarkan kata nak bagi dia berubah kan lama tau la dia menyesal.
Yes betul la tu dia menyesal buat kami macam tu sampai dia akhirnya kata nak ikut kepetusan aku berhijrah. Tu dulu la. Masa kami masih tinggal di kota raya yg sibuk dengan manusia, Kini kami jauh dari kesesakkan bandar dan gaji pekerja kini rm1700 rm1000 adalah nafkah dia pada aku tiap bulan.. rm700 belanja dia, barang dapur, sekolah anak2, sewa rumah, api air.. Cukup malah ada baki lagi kerana di sini kos sara hidup rendah. Alhamdulillah walaupun kering duit tu tetap ade makan dan tetap ade rezeki lain2 sementara gaji baru. Anak2 bujang aku setiap Kali ke masjid mesti mintak aku duit untuk masuk ke tabung masjid.. Mungkin sebab ni juga rezeki kami sentiasa murah..
Moral of the story:
SOLAT TIANG AGAMA.. JIKA KITA MAHU PASANGAN KITA BAIK KITA KENA BAIK TERLEBIH DAHULU.. JIKA KITA DI UJI JANGAN TERUS MENYALAHKAN TAKDIR.. JIKA ALLAH KATA ITU UJI KITA, KITA TERUS ISTIQOMAH TERUS MUSABAH DIRI CUBA PERBAIKI SEGALANYA.. JIKA ITU BUKAN JODOH KITA MAKA ALLAH AKAN JAUHKAN KITA DARI DIA.. JIKA ITU JODOH KITA ALLAH AKAN CEKALKAN HATI KITA UNTUK TERUS BERUSAHA KE ARAH KEBAIKAN.. BENCI, CERAI BERAI NI SEMUA KERJA SYAAITAN, BILA RUMAH TANGGA DAH BERGOLAK SYAAITAN SUKA KITA BERKELAHI LAGI LAH SAYAAITAN BANGGA BILA LIHAT KITA BERPISAH.. BERPISAH BUKAN JALAN PENYELESAIAN..
untuk pasangan yg serupa seperti saya.. Kalau pasangan yang kaki perempuan saya tak tahu sebab suami saya bukan kaki perempuan FB, Whtsap pun saya yang buatkan tapi dia suka jugak pakai FB saya utuk tengok Movie dari FB.. FB dia tak aktif pun. Saya tahu ada yang seperti saya. Ingatlah Solat Mohon pada Allah betul2 nak dapat segala nye bukan sehari bukan sebulan.. Bayangkan saya bersabar 5tahun baru kali ni Allah bagi bahagia tu.. Kini dah masuk fasa kedua perkahwinan.. Doa seorang isteri untuk suami insayaa Allah dikabulkan. Sekian maaf jika ayat tunggang langgang.




