Assalammualaikum admin mohon hide profile. Disini saya nak ceritakan dan mintak pandangan warga KRT. Saya dan isteri menikah hampir 3 tahun. Ada anak seorang. Isteri jauh lebih muda dari saya. Masalah saya isteri saya dah berubah.
Apa yang berubah? Sekarang cepat sangat marah naik angin tak tentu pasal walaupun hal2 kecil. Dengan anak pon kadang dia pukkul sebab marahkan saya tanpa sebab.
Paling saya sedih kami jarang bersama dan yamg paling menakutkan isteri mintak bersama time peri0d lepastu dia susah tido malam walaupon siang dia jarang tido. Saya pernah tampar dia masa dia mintak bersama time peri0d. Lepas tu macam dia tersedar terus menangis. Isteri saya sejak akhir2 ni nampak lain kadang2 menangis sendiri. Sampai benci nak tengok muka saya. Kalau dia ok dengan saya time peri0d. Muka dia memang nampak tak bermaya dan pucat sangat.
Isteri seblum ni memang pnyayang. Baik dengan anak layan anak dengan saya pun ok. Tak adaa masalah sebelum ni. Ramai yang cakap isteri macam terkena siihir. Pendapat KRT ciri terkena sihiir tu memang macam tu ka. Saya kurang tahu. Saya sayang isteri kalau betul saya berubat. Ada yang kata macam siihir pemisah buntu seorang suami.




