Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat Pena. Sebelum saya meneruskan kisah hidup saya, tolong hide identiti saya untuk menjaga aib orang2 yang terbabit dalam kisah hidup saya nanti. Saya di anugerahkan oleh Allah SWT 3 orang anak lelaki yang cerdik pandai dan tampan. Kami berkhawin dah masuk 16 tahun, sebelum berkhawin dengan suami, saya pernah mengandung anak luar nikah, namun ex BF saya melarikan diri. Lenyap ditelan bumi bagi saya.
Saya nekad jaga kandungan saya dalam senyap2, hampir ke tempoh bersalin, namun perancangan Allah ysng terbaik. 2 minggu sebelum melahirkan, makcik saya terjumpa saya dalam keadaan yang memboyot, berita itu terus disampai kepada keluarga saya. Keesokan harinya mak ayah datang, bawa saya balik Kampung. Memang saya sembunyi sebab mak ayah saya dah bagi ilmu yang terbaik.
Ayah imam 1 di kampung, manakala ibu sangat di hormat kerana sikapnya yang baik dan ringan tulang.
Silap saya, terjerumus dalam godaan syaittan. Jangan kata keluarga saya tak kecewa, namun kasih sayang mereka lagi kuat untuk membimbing saya. Keluarga saya sangat memberi sokongan, jaga saya dan anak dengan penuh perhatian. Segala keperluan kami anak beranak diberi oleh kakak, emak dan ayah. Jasa mereka memang takkan mampu saya balas dengan nilai harta pun. Sekarang anak saya dah 19 tahun, belajar di sebuah kolej terkemuka.
Alhamdulillah anak saya dalam kategori kanak-kanak cerdas pandai. Sejak dari malam pergaduhan dengan ex BF sampai ke hari ini, saya tak pernah tahu kemana dia menghilang. Terus lenyap. Saya pernah nekad, takkan ada ruang untuk lelaki lain dalam hidup saya. Tambahan saya rasa teraniaya dengan lelaki bila kami anak beranak di biar tanpa berita.
Perancangan Allah yang terbaik, pada umur anak masuk 3 tahun, saya bekerja di sebuah hotel di bandar, macam2 dugaan, pelbagai jenis cubaan lelaki untuk menawan hati saya tetap saya abaikan.
Bujang, laki orang, duda, pakcik semuanya cuba pasang umpan. Akhirnya hati saya terpaut pada lelaki bujang yang sangat low profile. Saya tak pernah sembunyikan identiti saya dan anak. Kami berkawan hampir sebulan, hingga dia ajak saya kahwin, saya terima. Dia datang ke rumah bagitahu hajatnya untuk menjadikan saya isterinya. Namun silapnya hajat dia untuk bernikah dengan saya ditentang oleh keluarganya. Dia anak sulung, satu2nya anak lelaki dalam keluarga mertua.
Tapi dia nekad untuk nikah, duit gajinya di tahan oleh bapa mentua. Namun dengan duit yang ada dalam simpanan RM500, dia gunakan untuk mas khawin dan bayar hakim dan cincin. Majlis penikahan kami disedia oleh keluarga kami kerana bagi ibu dan ayah, setiap anaknya berhak untuk di raikan. Keluarga kami faham situasi suami, mereka tak minta pun satu sen untuk suami meraikan majlis kahwin kami. Walaupun suami berkali2 mohon maaf kepada bapa kerana tak dapat membantu untuk majlis keraian kami.
Pada hari kami di sandingkan, tak sangka MIL datang bersama kakak tiri, rasa terharu kerana akhirnya MIL datang. Cuma yang buat kami malu, masa MIL mensarungkan gelang di tangan saya, MIL dengan suara yang lantang hingga kebanyakan tetamu adalah keluarga dari sebelah ibu semua terkejut. MIL kata “Awak tu perempuan murah, beranak takda laki, anak saya bujang sekolah tinggi, kalau saya tak sayang anak, dah lama saya cinc4ng awak”. Bergegar tangan saya pada masa tu.
Suami hanya terdiam. MIL terus balik tanpa menjamah sikit pun hidangan.
Selepas kahwin kami duduk menyewa, anak pun saya bawa sama. Kami bergilir2 jaga anak saya. Suami adalah lelaki terbaik yang hadir dalam hidup saya, walaupun dia tak pernah ada pengalaman jaga anak. Namun dia tak kekok. Berapalah sangat gaji kerja hotel masa tu, suami gaji RM500, saya gaji RM300, bayar rumah sewa, susu pamper anak, minyak moto. Tapi syukur Alhamdulillah, gaji kami lebih dari cukup.
Berbalik kepada MIL, hampir setahun suami cuba pujuk MIL untuk terima saya dan anak. Akhirnya MIL setuju terima kami, dengan syarat kena pindah duduk serumah dengan MIL. Kami terima tanpa sebarang rasa curiga. Disitulah bermulanya memori pahit dalam rumahtangga kami. Pergerakan kami di kawal sepenuhnya oleh MIL. Semua perkara yang saya buat tak betul. Sampai.
Nak beli barang sendiri pun kena bebel.
Sampai saya menangis sebab kesian dengan diri sendiri diperlaku macam tak ada maruah. Depan keluarga MIL pun saya kena maki hanya sebab kecil. Suami pujuk bersabar. Bila kami nak keluar menyewa, MIL akan marah dan kata suami anak derhaka. Kalau dah keluar dari rumah, jangan balik lagi. Bukan anak dia dah. Ya, Kami betul2 bersabar. Rezeki kami, selepas setahun kahwin, suami dapat kerja di Jabatan kerajaan. Gaji boleh tahan jugak untuk tahun sekitar 2003, 5 bulan kemudian, saya pun dapat kerja di jabatan kerajaan.
Alhamdulillah starting gaji pun besar, cuma saya bertugas di daerah lain. Suami izinkan. 2 tahun kami PJJ, macam2 agenda MIL dan kakak ipar termasuk nak carikan madu untuk saya. Calon menantu pilihan adalah anak sedara MIL sendiri.
Memang cantik, kerja company, jawatan besar, gaji besar. Itu yang MIL selalu canangkan. Suami tak pernah setuju, hingga suami pindah keluar dari rumah MIL. Saya memang menantu jahat kat mata MIL. Saya dah cuba yang terbaik, termasuk mohon untuk pindah balik ke bandar.
MIL selalu guna isu anak untuk salahkan saya. 10 tahun kami kahwin, kami belum ada rezeki MIL selalu guna isu anak untuk salahkan saya. Tak nak beranak sebab nak jaga anak har4m saya. Suami tetap pujuk sabar. Suatu hari suami tiba2 jatuh sakit. MIL tuduh saya santau suami saya. Sampai hati dia, keadaan suami saya masa tu memang teruk. Berat badan suami terjejas teruk, badannya kekuningan. MIL tak bagi saya sentuh suami. Masa tu saya terpaksa hantar anak ke kampung untuk di jaga ibu kerana saya nak jumpa suami di hospital.
Saya macam pencuri, mencari peluang untuk membolos diri untuk berjumpa suami. Saya tahu suami saya mengharap saya datang, apakan daya, saya dihalang oleh MIL dan kakak ipar untuk berjumpa suami. Akhirnya malam tu saya dapat jumpa suami. Saya mohon maaf sebab tak mampu nak berhadapan dengan MIL. Suami faham. Setelah hampir 3 minggu suami di hospital, di benarkan pulang, suami terus menyewa bilik kerana dia pun tak tahan diperlaku begitu oleh MIL.
Rezeki saya, akhirnya permohonan saya untuk berpindah diluluskan. Kami bertiga bersatu sekali lagi. Walaupun kami hanya menyewa bilik, kami happy, makan berkongsi, bersuap takde orang nak kawal. Beberapa bulan kemudian FIL men!nggal, nak tak nak, kami balik ke rumah MIL. Hari tu MIL merayu suami jangan keluar lagi dari rumah, tinggal dengan dia dan adik2. Saya hanya terdiam, tak tahu nak jwb apa, suami pun langsung tak bersuara.
Malam tu MIL datang merayu dengan saya, jangan bawa anak dia keluar dari rumah, dia nak kami tinggal sama. Kami setuju dalam paksa. Esoknya MIL upah orang kemas barang2 kami di rumah sewa bawa balik ke rumahnya. Peringkat awal, MIL nampak sangat baik dan ikhlas dengan kami beranak. Hilang rasa takut. Kami ceria balik. Tahun 2011 saya disahkan hamil. Seluruh keluarga happy, Itu adalah bakal cucu pertama dalam keluarga MIL. Untuk makluman, kakak tiri suami ada 2, tapi takde anak, adik kandung perempuan ada 2 dah kahwin pun tak mengandung.
Anak saya ditatang bagai minyak yang penuh hingga saya hilang hak sebagai ibu.
Saya hanya menyusu anak sahaja, selebihnya anak saya dalam jagaan mereka. Kadang saya terlalu rindukan anak saya, serumah tapi bukan dalam pelukan saya. Dalam masa tu juga rupanya saya di canang sebagai emak yang tak pandai jaga anak. Anak saya tak boleh menangis sikit, mesti saya kena leter. Naik pening pulak saya, suami hanya berdiam diri.
Perangai Queen Control MIL datang lagi, malah makin teruk dengan hasutan adik2 ipar. Saya bekerja, balik rumah masak, berkemas, cuci baju sedangkan ipar 2 orang di rumah hanya goyang kaki. Bukan main sedap lagi main order je dengan kami nak beli apa. Kalau nak keluar beli barang, memang ipar akan ikut.. Sesedap diaorang je nak baling barang dalam troly. Kadang keinginan saya terpaksa disekat kerana takut tak cukup nk bayar. Tiap Kali suami tegur, diaorang akan mengadu kepada MIL. Dan saya lah mangsanya yang akan di maki.
Kami suami isteri tak mampu bersuara kerana kami tahu, perkhawinan kami memang tak di sukai oleh MIL. 2013 saya disahkan hamil lagi. Alhamdulillah, kami sangat bersyukur. Namun apa yang saya harap tak seperti yang saya jangkakan. Rupanya kehamilan saya kali ini membangkit kemarahan adik2 ipar saya. Diaorang up status dalam FB, mengutuk saya mengatakan saya sengaja menunjuk2 hamil. Alahan saya kali ini agak teruk saya muntah hingga tak mampu nak apa2 kerja pun Malah saya didoakan untuk mamppus kalau beranak.
Memang saya terkilan, saya menangis dan mengadu pada suami. Kali ini tercetus pergaduhan antara suami dan adik2nya. MIL tetap salahkan saya. MIL kutuk saya depan anak seolah saya takda maruah, anak sulung saya menangis tersedu sedan mendengar sumpahan dari MIL. Dalam usia kandungan 2 bulan, saya keluar dari rumah MIL membawa 2 orang anak saya. Saya betul2 nekad untuk keluar.
Suami merayu jangan keluar sebab rumah yang kami duduk pada masa itu adalah rumah hasil titik peluh kami sendiri, cuma silapnya kami dirikan rumah atas tanah MIL. Bila kami siap dirikan rumah tu, MIL dan adik2nya selamba je nak pindah sementara kat rumah kami dengan alasan nak atur rumah lama MIL. Suami terlalu baik tapi tanggungjawab dia dengan ibu buat dia tersepit. Saya lari menyepi diri dengan anak2, akhirnya suami dapat cari. Anak ke 3, saya melahirkan sendirian, hantar diri nak beranak ke hospital sendiri tanpa sapa2.
Hanya berbekal doa dan kekuatan saya melahirkan anak tanpa suami dan keluarga. Keluarga saya tak pernah tahu kesusahan yang saya lalui, saya sangat berahsia kerana jaga aib keluarga MIL.
Suami hanya datang pada pagi esoknya kerana baru tahu saya beranak. Saya beranak awal 2 minggu dari tarikh bersalin. Kami bersatu lagi. Suami nekad untuk bersama kami. Macam2 cara MIL nak suruh suami balik. Tetap suami tak balik kerana baginya dia tak mampu nak biarkan kami beranak terus begitu. Saya terima dia kerana kami bukan berpisah kerana kami nak, kami tersepit dengan sikap MIL dan adik2nya.
Sekali lagi kami di uji, ketika anak berusia 2 bulan, suami dinaikkan pangkat, tapi kena bertugas di bandar lain. Suami menolak tapi saya suruh ambik sebab bukan mudah nak naik pangkat. Kami berjauhan lagi. Kali ini kepayahan dia dari segi lain kerana saya terpaksa mengurus anak 3 orang sendirian, berkejaran hantar Si abang ke sekolah dengan waktu kerja saya banyak outstation. Sangat2 letih hingga kami kerap bergaduh kerana saya jarang angkat/ balas mesej suami.
Kadang dah siap kerja kat rumah, saya terlelap awal dengan anak2. Suami pulak pandai cemburu dan curiga yang teramat sangat. Rajuk suami sampai berhari2 kalau perang mulut. Rupanya suami termakan hasutan dari kakak ipar. Kami hampir bercerai banyak kali, tapi jodoh kami sangat kuat. Tiap kali saya memberontak dan tunjuk perangai, suami akan berlembut. Sebab saya memang tak buat macam yang kakak ipar bagitahu. Tak mampu saya nak pasang scndal. Anak 3 orang tu pun saya nak m4mpus berkejaran dengan masa. Bila masa lagi nak PSG scndal.
Akhirnya, kami buat kata putus, suami jaga seorang anak, saya jaga seorang sebab masa tu Si abang dah masuk ke kolej. Kami bahagi sama rata jaga anak. Alhamdulillah, anak saya terjaga, saya tak perlu rasa risau sebab suami adalah ayah terbaik. Kami sentiasa cuba untuk mohon salah seorsng berpindah kerana dah hampir 5 tahun kami PJJ untuk kali ke 2. Tahun 2016, Surat rayuan saya untuk pindah ditolak dengan alasan tiada kekosongan jawatan. 2017 suami dapat surat kelulusan untuk pindah tapi bersyarat. Mesti ada pengganti, sedangkan jawatn kosong yang ada adalah kerusi panas sebab ramai yang nak pindah ke situ.
Harapan tinggal harapan. Menangis air mata pun tak guna, suami dah merayu hingga ke pengurusan tertinggi, tetap jawapan yang sama, hanya jika ada pengganti. Untku makluman, anak bongsu saya sakit janttung jadi saya kena ulang alik untuk rawatan seminggu 2/3 kali. Rawatan pakar, followup klinik, kelas khas . Memang keletihan yang melampau. Belum lagi tekanan kerja. Akhirnya januari 2018, saya nekad untuk mencuba nasib.
Saya minta no telefon Pengarah Jabatan suami saya. Ya, saya meluah, merayu secara peribadi untuk beliau menyokong perpindahan suami saya tanpa pengganti kerana alasan kukuh saya, jangan biarkan rumahtangga kami berkecai kerana saya memang dah tak sanggup nak teruskan hubungan jarak jauh ini. Setiap luahan saya, saya sreenshoot dan bagi suami baca. Dan gembiranya hari ini, suami hantar Surat salinan kelulusan sokongan untuk berpindah tanpa penganti. Dan disokong terus oleh pengarah. Syukur Alhamdulillah, Allah bukakan hati Beliau untuk mendengar rintihan saya.
Tak sabar rasanya untuk kami anak beranak bersama lagi. Dugaan tetap akan silih berganti, tapi sentiasa berpegang kepada Allah sentiasa ada untuk kita. Nafsu manusia memang sentiasa untuk merosak sesama sendiri. Saya selalu berdoa, andai ada jodoh anak2 saya nanti, janganlah saya menggunakan kuasa VETO sebagai IBU untuk menentu kehidupan rumahtangga anak. Untuk MIL dan adik2 ipar, saya tak pasti dapat ke tidak saya maafkan mereka.
Hati saya sangat hancur di perlaku begitu, tapi saya tak pernah halang suami untuk balik menjenguk ibunya kerana kasih IBU dan anak takkan putus sampai bila2. Untuk pasangan PJJ, kuatkan iman, percaya dgn pasangan masing2. Sentiasa berhubung kerana perasaan perlu di Baja bukan dibiar. Rajuk kecil usah di panjangkan. Kenang saat indah, tak salah beralah kalau itu yang terbaik. Allah takkan uji kita lebih dari yang kita mampu. Untuk suami, Dialah jodoh terbaik yang Allah tentukan untuk saya. Dugaan demi dugaan, namun kita sedaya upaya untuk teruskan hidup. Syukur Alhamdulillah.




