Salam. Hide profile saya. Kwn minta saya postkan masalah dia. Assalamualaikum. Nak cerita serba sikit tentang masalah saya dan harap boleh bagi pendapat. Jangan kecam ya. Saya janda anak 2. Kahwin dengan seorang lelaki yang agak muda dari saya bujang. Selepas khwin, saya bawa anak2 tinggal sekali. Lama kelamaan dia layan anak saya dengan teruk sekali pernah anak di pukkul secara senyap di belakang saya tau2 dah ada kesan lebam.
Bila di tekan tanya, anak saya cerita waktu saya keja, suami saya pukul, tampar anak saya dan di tengkng dengan bahasa kurang baik. Saya pernah buat laporan polis, tapi saya tarik semula sebab dia janji takkan buat lagi. Lepas kejadian tu suami saya langsung tak peduli dengan anak saya. Duduk bersama tapi tak bertegur sapa. Lagi di kuttuk anak saya depan saya ada. Seorang ibu ,bila terjadi macam tu memang saya sakit hati.
Bila saya tegur suami saya kenapa cakap macam tu? Dia kata saya menyebelahi anak2. End up, saya dengan suami gaduh.
Saya seorang isteri yang menguruskan kewangan keluarga. Setiap kali gaji, suami serahkan semua duit gaji untuk saya settlekan hal rumah dan bajet nak keluar ke mana2. Pernah saya tolak saya tak nak aturkan semua dah sebab sakit kepala bila nak bayar hal itu ini, dia mintak duit untuk beli barang dia. Nafkah untuk saya sepanjang jadi isteri dia, takde!
Saya cuma pemegang duit gaji dia sahaja. Suami saya agak boros. Saya bagi RM50 untuk 1 minggu , dalam masa sehari dua dah habis. Rupanya dia bagi mak ayah dia sebab diorang mintak. Mak ayah dia bukan orang susah.. Bila jadi macam tu saya rasa penat sangat, duit yang di bajet, di laburkan macam tu. Bila duit dah kurang, suami bagi tekanan kat saya balik. Jadi saya keja untuk tambah duit gaji dia. Sebelum ni suami saya ke china atas urusan kerja. Penat saya kerja menambah duit poket dia untuk perjalanan ke sana.
Bila balik, dia bawa balik barang banyak. Saya sangka kan untuk saya. Rupanya untuk mak ayah dia, sedara mara dia, kawan2 satu kerja dia yang tak rapat pun. Dekat saya dan anak apa pun tak ade beli.. Sedih. Tapi apa nak di buat.. Bila di tegur kata saya berkira. Dia merupakan sorang 0stad dan perwatakan alim. Tapi jarang solat. Tak pernah mengaji. Dia jadi 0stad atas tuntutan kerja sahaja. Bila saya solat, dia ganggu. Bila saya mengaji, dia panggil2 saya minta ambilkan apa yang dia nak.
Langsung tak hormatkan saya yang lebih tua dari dia walaupun saya berstatus isteri. Dia pernah melarang saya rapat dengan anak2. Tapi saya ada anak2. Saya seorang ibu. Takkan saya nak buang anak2 sebab saya isteri dia? Saya memang tak boleh takd ade anak di sisi saya. Saya pernah ada rasa suami saya ni ada masalah menttal. Pernah dia kata anak saya macam2 depan saya tapi hakikatnya itu lah sikap dia yang sbenar.
Dia cerita kawan2 sekerja dia buat keja tak betul. Walhal dia yang buat keja tak betul. Balik rumah suka hati waktu keja. Kadang2 dia cerita kat orang tentang agama, walhal dia tak solat, dia tak mengaji.dia angkuh dengan ilmu yang dia ada. Waktu maghrib dia main game sampai lupa diri. Bila saya tegur untuk solat, dia tarik muka dan masuk bilik ,tidur. Saya tak paham apa masalah dia. Macam mana kita nak buat untuk kenal pasti dia ni ada masalah menttal atau tidak?




