Admin, mohon hide profile saya ya.
Saya sebenarnya pening fikir pasal nafkah ni. Boleh tak all the makcik bawangs tolong huraikan situasi saya sekarang ni?
Saya baru 2 bulan berkahwin. Dulu saya kerja. Tapi disebabkan suami saya kerja di negeri lain dan dia ada contract kerja 3 tahun, saya kena berkorban untuk berhenti kerja dan ikut suami pindah ke negeri berkenaan.
Saya berhenti kerja sebulan sebelum wedding, jadi sekarang dah 3 bulan saya tidak bekerja. Saya okay je nak berhenti kerja ni sebab suami saya alhamdulillah kerja bagus. Saya yakin suami boleh tanggung saya. Tapi sepanjang 2 bulan ni, makan, minum, tempat tinggal memang suami sediakan sepenuhnya. Tapi suami tak pernah hulur duit belanja dekat saya. Saya okay je kalau suami tak bagi. Tapi saya ada ASB Financing dan PTPTN nak kena bayar.
Bil telefon lagi. Dah 3bulan saya tak kerja jadi saya dah guna semua saving saya untuk bayar komitmen bulanan saya.
Tapi saya pening bulan ni saya nak bayar guna duit apa? Memang la ada sikit-sikit lagi simpanan saya tapi takkan saya nak kena habiskan semua duit saya? Lagipun suami yang nak sangat saya berhenti kerja, saya ingatkan dia lah nak tolong-tolong bayar komitmen saya sikit.
Saya ada juga bagi hint-hint dekat dia, tapi boleh pulak dia cakap, “Keluarkan je semua duit dalam ASB tu dulu untuk bayar ASBF sampai nak dapat dividen ni. Duit mas kahwin haritu ada lagi kan? Guna duit tu dulu.” Saya macam… “Biar betik nak suruh guna duit mas kahwin?” Suami saya ni baik sangat. Sebab tu saya macam berat mulut nak luahkan perasaan saya.
Lepas tu lagi satu saya pernah pinjam dia RM2,500 sebab masa tu saya nak beli rumah. Ada baki RM750 lagi hutang tu.
Disebabkan ada hutang ni jugalah saya makan hati berulam jantung ni. Tak berani nak meminta-minta sebab masih berhutang dengan dia kan. Tapi, bukan ke wajib suami bagi nafkah duit belanja bulanan tambah-tambah kalau isteri surirumah? Ke saya salah?
Sebab saya tanya ustaz kursus kahwin saya dia kata nafkah wajib makan dan minum 2 kali sehari. 2 sepersalinan pakaian setahun. Takde duit belanja tu. Saya sekarang hari-hari merajuk tak tentu pasal bila tengok bil-bil tertunggak ni. Suami tanya juga kenapa? Saya taknak marah-marah jadi saya diam je tak bercakap. Saya takde tempat nak meluah. Kalau cerita kat adik beradik dan mak dia, takut diorang kata saya nak burukkan anak diorang.
Kalau nak cerita kat family saya, saya taknak la family saya pandang rendah dekat dia tapi saya betul-betul stress fikir pasal duit sorang-sorang. Saya ada juga buat bisnes online, tapi paham-paham jelah bisnes baru nak promote, mana ada orang beli sangat. Lepas tu saya jadi lagi sakit hati sangat bila tahu suami ada lima angka simpanan dalam ASB. Btw, suami saya memang pandai menyimpan. Dia target nak beli rumah lagi tahun depan, sebab tu sekarang dia tengah kumpul deposit.
Ini pun satu hal yang buat saya berat mulut nak meminta-minta lagi. Yelah saya dah tahu dia nak pakai banyak duit, nak minta-minta lagi kan. Tapi help me makcik bawangs, saya dah tahap murung dah ni. Dah la tak dapat dah hulur duit kat parents saya, nak beli sepender pun tak mampu ni. Hari-hari berendam air mata. Sedih sangat. Macam mana ye nak buat?
Orang baru kahwin semua happy-happy, saya murung mer0yan menangis sorang-sorang. Ada juga saya cerita dekat kawan saya, tapi dia kata… “Ujian ni sikit je ni.” Ummm… sikit lah bagi dia sebab bukan dia yang angkat call tiap kali orang bank call. Help Me Makcik Bawang..




