Salam min, selamat malam macam biasa la hide kan fb aku ni, aku pernah post pasal wife aku yang kantoi bercinta dengan laki lain, dan fitnah aku pada keluarga dia supaya semua orang benci aku padahal semua nya hanyalah fitnah dia je sebab nak tuntut cerai dari aku. dah berbuih mulut dia minta cerai aku tak layan, akhirnya dia fitnah aku, aku dah pun bercerai dengan dia min.
Pada mulanya memang aku menentang sebab pikir pasal anak. tapi setelah dinasihat oleh beberapa peguam syariah aku pun setuju untuk bercerai, kalau tak aku memang lawan fasakh dia. aku setuju bercerai dengan beberapa syarat,antaranya,”jika dia kawen lain anak2 aku akan jaga” dia tak bantah tanda setuju, aku pun onn la setuju cerai, akhirnya jatuh talak satu, happy dia min.
Benda yang dia nak selama ni akhirnya dia dapat selama bercerai dengan dia min sikit aku tak rindu kat dia tapi aku rindu anak, aku tahan sebab anak. aku jenis sayang keluarga sebelum cerai aku dah cakap apa akan jadi pada anak, dan sekarang apa yang paling aku takut dah pun muncul, anak2 bertanya “kenapa ayah tak bawa adik jalan2 dengan ibu, kenapa ibu duduk rumah lain tak dduk dengan ayah”.
ini lah sebab nya aku tak suka bercerai, sebab aku tak ada jawapan nak bagi kat anak aku. aku bukan nak bukak kisah lama, tapi aku sekadar nak sampai kan pesan pada semua yang baca kisah aku ni, tolong lah pikir kan anak2 jika nak bercerai. yang mana rasa nak bercerai tu pikir lah pasal anak kesian anak, pada yang tadak anak tu lantak angpa la kan. tapi pada yang ada anak tu,,pikir la sikit.tak salah bekorban demi kebahgiaan anak selamat malam min.




