Salam Min. Tq siarkan post saya yang lepas. Tq kepada yang bagi komen2 positif dan nasihat. InshaaAllah saya sedang perbetulkan diri saya. Ini luahan terakhir saya. Ada yang kata saya berdendam sebab tu saya doakan macam tu. Ada yang cakap ipar2 jadi macam tu mungkin takdirnya. Yaa. Saya berharap itu memang takdir mereka dan tak ade kena mengena dgn doa saya. Hmmm. And yes, saya masih rasa bersalah.
Kenapa saya sangat marah dan doakan yang tak baik untuk mereka? Saya dan suami duduk di utara. Mereka di selatan. Kami jauh. Tapi kenapa kami boleh bergaduh. Pelikkan? Sebenarnya saya jadi sangat marah sebab bukan sebab apa yang dorg buat kat saya. Tapi kat anak saya. Ada yang pertikai 5 tahun kawen ada 4 anak.
Sebenarnya masa anak kedua. Saya dan husband dah merancang untuk stop production. Haha. Tapi merancang sendiri. Gitu la jadinyaa. Pregnant lagi.
Masa pregnant lagi. Ipar2 pujuk husband saya minta saya guggurkan. Dorang takut anak2 saya menyusahkan abang dorang. Sebab saya tak bekerja. Husband saya termenung dan hampir setuju dengan dorang.
Yaa saya penat jaga anak. Saya pun tak ready untuk dapat anak kecik lagi. Tapi SUMPAH DEMI ALLAH. Bila saya check guna pregnancy test tu. Tak tau kenapa saya mengharapkan dua line. Hahahaha. Dan SUMPAH DEMI ALLAH jugak. Bila saya tengok 2 line walaupun kabur. Saya rasa sayang sangat, cinnta sangat kat kandungan saya. Walaupun dia belum ada bentuk, belum ada rupa. Saya letih, tapi saya tak boleh nafikan cinta saya kat anak2 saya.
Berbalik kepada kisah dorang minta saya guggurkan. Husband pun ada tanya saya. Saya jawab TAKNAK dan saya tak perlukan walau sesaat pun untuk fikir. Saya cakap dekat dia. Masa anak pertama, awak dapat rezeki naik gaji, anak kedua awak dapat naik pangkat. Kenapa tak yakin dengan rezeki anak ketiga? Bukan dari segi duit saja. Tapi macam2 rezeki lagi. Dari segi kesihatan, kawan2 yang baik semua.
Bila “merancang” dan kemudian pregnant lagi yang keempat. Saya dan husband bergaduh. Masa ni awal2 kandungan. Adik2 ipar dapat tahu. Mungkin sebab husband cerita dekat mak dia untuk dapatkan pendapat. Lepas tu adik2 dia pujuk dia supaya ceraikan saya. Allahu.. Kenapa saya sangat marah? Saya marah sebab dorg nafikan hak anak saya. Dorang tak bagi husband belikan susu yang mahal, baju yang elok, dorang tak bagi beli mainan banyak2.
Kenapa saya marah? Sebab dorang nak mattikan anak saya. Kenapa? Apa hak dorang? Dan dorang berusaha nak “menjandakan” saya selama 5 tahun ni. Saya marah sebab semuanya akan tempias kepada anak saya. 4 kali saya bersalin. Tak penah sekali pun dorang tanya khabar. Waktu dalam pantang ada saya bawa baby pegi rumah mertua. Dorang semua MELINTAS depan baby2 saya tanpa tengok muka, tanya nama pun. Jadi apa yang perlu saya rasa? Kalau bencikan saya. Kenapa babitkan anak2?
Mesti ada yang akan tanya saya pernah cuba berbaik tak? Yaa. Penah. Saya seorang pendiam. Tapi saya cuba bersembang, bercakap. Saya penah pergi taman dengan dorang semua. Kitorg main bola. Bayangkan dorg baling2 bola tu sesama dorang. Saya tercegat kt situ. Dorg buat tak tau. Dulu kitorg duduk dekat2. Saya selalu masak dan jemput dorg makan. Dorg dtg, tp still sembang sesama dorg je.
Kemudian saya belikan kad uno dan blok kayu yang susun2 tu. Bila main uno. Dorg pakat dan kenakan saya. Bagi saya kalah macam tu la. Macam2 lg saya buat. Tapi sama je. Bila dorang kawen. Husband terasa sebab dorg pulau kan kami anak beranak. Dia tak nak balik. tapi saya pujuk. Saya tak nak benda ni akan jadi punca gaduh lebih teruk. Tapi bila balik kami lgsg tak dilayan. Bila tolong, dorang cepat2 pegi buat tak nak kitorang berbudi dalam majlis dorang.
Anak2 saya tengok dorg. Tak de sekali pun dia perlawa datang ambik gambar. Dalam family potret, saya dan anak2 takde Huhu. Bila anak2 sakit. Saya akan minta husband masukkan anak saya dekat hospital swasta. Sebab saya tahu husband saya mampu. Bila adik2 dia tahu. Cepat2 call marah husband kenapa bazir duit masuk swasta. Salah ke? Saya bersyukur husband saya lebih penting kan anak.
Apa yang saya lalui, saya tak pernah cerita dekat orang lain jangan kecam saya sebab cerita disini Saya cerita disini sebab saya tahu tak ade orang pun yang kenal saya. Saya tak pernah cerita dekat mak atau adik beradik saya. Dekat kawan pun tak penah. Sebab saya takut yang aibkan adik2 ipar, husband dan rumahtangga saya, Semua saya pendam sendiri. Sampai 1 tahap masa pregnant dulu saya hari2 fikir matti sebab depression. Tapi Allah masih bagi saya kekuatan setiap kali saya fikirkan anak2.
Apa yang saya cerita cuma 10% dari apa yang dorang buat. Dan tak mungkin saya lupakan. Setiap kali saya doakan yang tak baik. Masa tu saya sangat marah dan saya dalam keadaan tertanya2 apa salah saya dan anak2. Bila saya dah reda, saya rasa bersalah sangat. Dan saya doa jangan makbulkan permintaan saya kalau dorang tak salah. Saya tak kuat untuk tarik doa tu 100% sebab hati saya sangat sakit. Kisah saya ibarat kisah keldai, bapa dan anak. Apa yang saya buat semua salah.
Sampai sekarang dorang masih sama. Walaupun kadang2 dorang berlakon depan husband macam dorang sayang anak2 saya. Bila husband takda. Dorg pandang anak saya pun tidak. Apa yang saya buat sekaramg. Saya buat sekarang. Saya dah tak nak cuba berbaik dengan dorang. Bukan bermusuh. Bila jumpa saya boleh sembang, duduk sekali. Tapi untuk lupakan dan maaf tu agak sukar. Saya tak pernah buat muka marah, tengking atau pun tinggi suara. Saya biarkan je.
Saya cuba fikir kelebihan yang Allah bagi. Allah bagi suami yang sayangkan anak2, saya dah ada kerjaya, anak yang comel, ada kereta, dah ada rumah sendiri. Tapi mereka tak ada apa yang saya ada. Saya harap saya akan terus kuat dan jadi insan yang lebih baik. Doakan saya. Untuk ipar2 diluar, jangan terlalu benci/judge isteri2 abang awak. Sebab awak pun tak tau apa yang dia lalui. Jangan terlalu kira duit abang awak. Sebelum dia kawen, yess.. dia boleh bagi duit kat awak. Lepas dia kawen, dia ada tanggugjawab.
Dan awak semua dh bekerja. Kenapa perlu awak kira duit dia? Jangan sebabkan duit, awak makin jauh dengan abang yang sangat2 sayag kat awak semua. Saya minta maaf sebab saya doakan awak takde zuriat. Sebabnya saya taknak awak faham letih pregnant, letih jaga anak. Supaya awak tetap terus salah dengan mngatakan saya mengada, manja dan menyusahkan suami. Supaya awak tak dapat merasa indahnya mengandung dan melahirkan. Saya minta maaf saya tak kuat nak tarik doa saya. Sebab sampai sekarang awak semua masih sama.




