5 tahun di alam perkahwinan… aku tak pernah pergi honeymoon tak pernah bercuti. suami banyak kali kantoi curang msg2 perempuan lain. aku ada tegur tapi dia buat lagi dan terus buat lagi. aku pernah kena sepak terajang ketika mengandung anak first. pernah kena pukkul depan khalayak ramai..selalu kena marah depan famili, depan orang ramai. hinanya aku rasa masa tu. Suami pun selalu dengan fon. balik keje fon, nak pegi keje fon.
Masa pantang pun nak ‘bersama’…dia tak pernah luahkan ayat2 manis. kalau keluar pergi beli barang rumah suami tak suka pegang2 tangan. bila nampak awek cantik lalu je dia akan jalan dengan slow atau laju. Konon2 dia jalan sorang2. hambar weyh perkahwinan aku. tapi walaupun hambar aku tetap bertahan sebab fikirkan masa depan anak2 aku surirumah 100% harap duit suami untuk hidup.
Aku pernah keje hantar orang kilang drive sambil pangku dua orang anak sebab kereta penuh dengan orang kilang dan anak2 takut orang sebab aku tak pernah bagi orang lain jaga dorang. dan aku pernah jual online tapi jadi kelam kabut jadi aku stop sebab suami tak boleh nampak rumah sepah,,anak2 comot, makanan tak boleh 1 jenis je pagi, petang, malam semua lauk kena lain2 so aku kena fokus dekat rumah dan anak2 100% kalau tak suami akan mengamuk.
Aku pun tak tahu macam mana aku boleh bertahan selama 5 tahun tu. and the last dia kantoi bercinta masa aku pantang anak ketiga. Aku mengamuk gilla dan aku berani mintak cerai. suami terkejut sebab aku tak pernah mengamuk jadi nya dia takut and dia ceraikan aku.. mungkin masa tu aku depression sebab ye la aku baru habis pantang anak ketiga and anak2 100% aku yang jaga siang malam 24/7 non stop.
walaupun suami ada kat rumah and dia tak membantu langsung plus benda2 yg aku tak puas hati selama 5 tahun semua dah terkumpul. macam gunung berapi meletus. alhmdllh aku dah bercerai talak satu tapi b0dohnya aku bila suami nak rujuk balik aku terima. aku bagi dia peluang untuk betulkan kesilapan dia sebab aku fikir masa depan anak2 but you all tahu dia buat lagi dia cari lagi perempuan tu.
Aku nekad nak cerai aku lari balik kampung dia pujuk aku balik tapi tu la dah tawar hati kan pujuk lah macam mane pun aku tak balik end up dia ceraikan aku talak dua dengan syarat anak2 dia nak jaga. aku bagi dia anak2 dan dia ceraikan aku. lepas tu aku lari sebab aku takut aku termakan pujuk rayu dia lagi. you all know what i did? aku dapat keyakinan yang sangat tinggi dalam diri aku sekarang.
Sebelum ni aku rasa aku hod0h, bod0h, aku tak yakin dengan ape yang aku buat aku hilang semua kawan2 aku. Aku jauh dari famili but now aku yakin sangat keputusan aku 100% betul. walaupun aku rindu gila kat anak2 tapi aku tak kan nak patah balik. benda paling aku ingat dan benda yang paling menyebabkan aku tak kan balik dekat dia masa dia mengamuk sebab aku minta cerai haritu dia cakap perempuan macam aku bersepah2 tepi jalan. sampai matti aku akan ingat.
Ahahah lepas tu dia pujuk aku merayu2 minta aku balik and dia siap sumpah janji setia tak kan buat lagi semua tu. Sory la aku memang dah 100% tawar hati. Aku tak kan balik dekat dia dah untuk korang please la kalau ada rasa tak puas hati dekat pasangan straight to the point jangan jadi macam aku. simpan dan simpan smpai sakit diri sendiri dan tolong la luahkan perasaan sayang korang tu.
Selalu la guna ayat manis sebut i love u sekali sehari pun dah cukup rasanya sebut je pun tak ade kena bayar ape2 bukan sebut kat orang lain pun tapi dekat pasangan sendiri je. aku ni nak tunggu dia cakap rasanya macam tunggu emas jatuh dari langit dan jugak kalau marah please jaga lidah jangan keluarkan kata2 kesat tahan je diri cerita aku ni you all jadikan iktibar pesanan dari janda anak 3 yang dah bahagia




