Salam min . Mintak tlg siarkn, and tlg hidekan profil akuu ekk.. Cerita yang aku nk story nii panjang, so aku nk pendekkan cerita sebab nak tanya pendapat siapa yang ada pengalaman macam kisah aku nih.. Aku dalam proses cerai dengan suami aku, aku failkn fasakh sebab suami aku ni kaki pukvl and banyak lagi laa benda2 banggsat dia pernah buat belakang aku dari awal kami kawen..
Aku dengan dia dah kawen selama 4 tahun.. aku pun tak tahu cemana aku boleh bertahan selama tu, mungkin dulu aku terlalu mengharap ayat yang “lepas hujan ada pelangi” mana tau kan dia boleh berubah.. tapi rupanyaa makin cellaka weii perangai diaa.. Aku punya geram nii pun tahap taip text ni pakai jari tengah! So, hasil perkahwinan kami nii aku dikurniakan anak lelaki umor setahun lapan bulan..
Suami aku bantai aku dah lama, lepas tiga bulan kami kawen sampaii laa 2 bulan lepas sebelum aku keluar rumah untuk keselamatan diri aku.. tu pun aku masih kesiankan dia dan tak buat report hari yg dia bantai aku tuu.. tiga hari lepas dia bantai aku tuu dia bawak lari anak akuu, kononnya kalau nk pisah sangat dia nak anak tu and tak nak bagi aku dah..
Sebelum jadi nyaa kes berebut anak tuu, siang tuu aku ajak suami pergi mahkamah, lepastu hantar aku balik kampung.. tapi suami aku ni dia punya tak nak lepaskan aku sampai tahap dia bawak kete, bawak aku pergi kebun sawit tah mana tahh uggut nak bunnuh akuu, siap letak pissau kat perut aku min, meraung2 aku macam orang gilla mintak dia lepaskn sebab masa tu anak akuu tidur kat pangkuan aku..
Sebelum tuu dia dah nak hempuk aku dengan staring lock tapi akuu tahan sebab kalau dia bantai aku dia bantai anak aku sekali.. tapi alhamdulillah umur aku panjang lagi.. so malam tuu aku buat report, report tu pun aku tak dakwa apa2 kat suami aku , pasai uggut bunnuh tuu pun aku tak nak panjang2 kan sebab aku pikir maruah famly laki aku.. so aku mintak cover report untuk aku balik ke kampung and mintak pelindungan laa dari suami akuu..
Sekarang nii min, suami akuu sekat anak aku dari aku, tak bagi aku jaga anak aku, jumpa ank aku kejap pun beribu alasan. aku nak susu anwk aku suami aku pergi bagi orang lain susukn dia. Aku ni punya menanggung derita tahan bengkak susu berminggu2, naseb anak kakak aku ada untuk aku lepaskn rasa rindu nak susu anak tuu.. dalam 2 bulan kami duduk asing nii bru seminggu anak tuu dengan akuu.
Bila anak tuu kat akuu, aku tak sampai hati nak pisahkn anak dengan bapaknya.. tapi dapat kat tangan dia, aku nak jumpa apa semua alasan demi alasan.. dia nak umpan anak aku tuu untuk dia dapatkan aku.. sebab dia mati matian tak nak lepaskn aku.. ayat dia “Kalau aku tak dapat kamu, orang lain pun tak kan dapat kamu.. so baik kita matti sama2”..
Aku tak nak citer panjang2.. sebab ceritanya rumit dan berbelit sebab laki akuu punya pusing cerita sampai salah dia sendiri tutup macam tuu je.. yang kena banttai selama bertahun2 tuu akuu, yang kena henyak tu akuu.. tapi tetap orang nampak salah akuu.. aku mengandung berapa kali keluar masuk hosp, kena bantai 2 kali seminggu. Dalam pantang tak terurus, lepas pantang kena henyak.
Aku bersalin czer so dia henyak akuu tuu pijak perut ape semua k0yak luka czer akuu masa tu baru berapa bulan.. aku kene bantai semua depan orang, tapi orang tak berani nak campur sebab laki aku kata dia bantai aku sebab nak nasihatkn aku.. aku jaga dia elok min, makan pakai, aku duduk rumah je jaga laki. Handphone sharee .. so bukan nyaa aku menjantan ke curang ke keluar tnpa izin ke apa ke.
Aku nak kata aku baik, entahlaa , tapi siapa yang rapat dengan aku je tahu, macem mana teruknya aku nak kena hadap semua ni swmpai tahap nak jumpa orang dalam keadaan muka pecah2 lebam sini sana pun aku malu sebab aku nak jaga aib suami akuu.. orang yang kenai aku je tau macem mana akuu jaga lagi maruah diaa, kalau kena henyak, akuu duduk rumah tak keluar2 sampai luka atau lebam orang tu pulih..
Seminggu sekali aku kena bantai, paling lama pun 2 minggu sekali.. kalau dia marah, aku melawan aku kena, kalau aku diam lagi bertambah teruk aku kena.. cerita nya nak tak nak kene tadah.. sebab aku tak nak meraih simpati dengan orang.. senang cakap , laki aku ni punya baran smpai aku kejut bangun tidur pun dia boleh lipat akuu..
Aku nak tanya, patut ke wei dia sekat anak aku dari jumpa aku, aku teramat amat amat rinduu kn anak akuu tuu.. setiap malam akuu meraung sebab aku tak pernah pisah dengan diaa. akuu sakit kena bantai macem mana pun dia pengubat aku sebab aku kuat demi diaa.. aku dah cuba berunding, bincang, cakap elok2 tapi suami akuu tetap tak bagi..
Dia suruh aku tarik kes and tak jadi pisah baru dapat jumpa anak.. sekarang nii aku nak cium dia kejap pun jadi la aku taip ni pun sedu sedu min Allah jee tau cemana rindunya aku kat dia. Lepastu patut ke suami akuu failkan aku nusyuz? Klau nusyuz betul ke boleh hilang anak? Anak aku tuu langsung aku tak boleh nak jumpa ke? Aku rasa lama2 mau akuu depressed, hari2 dok kenang anak, kenang anak mesti sakit luka czer ni.
Tlg laaa weii , kalau ada mana2 lawyer gov yg boleh tolomg akuu, tinggal no phone ek, aku pm.. aku harap ada yg boleh bagk support moral , nasihatt , sama ada aku berbaik semula untuk perjanjian tambah taklik atau pisah jee. sebab peluang selama 4 thun tu bukan puluh kali, tapk ratus kali.. bantuu akuu min.. terima kasihh !





October 26, 2018
Maaflah tapi nak bagi tahu kat semua yang sedang mengalami masalah macam ni. Buang lah kebodohan tak nak cerita penuh-penuh apa yang terjadi atau perkara sebenar sebab konon “menjaga aib” keluarga atau suami. Ni dah melibatkan keselamatan dan nyawa Puan tiada istilah jaga aib. Puan juga melaporkan perkara tersebut pada pihak berkuasa jadi memang tiada istilah perlu jaga aib di situ. Tolonglah sayangi diri. Buat laporan polis dan dapatkan laporan perubatan. Bukti jelas macam ni yang boleh menyokong permohonan cerai dan memudahkan urusan Mahkamah Syariah. Nak tunggu anak jadi mangsa ke macam mana? Untuk Puan saya nasihat pisah je lah. Anak masih kecil and InsyaAllah jatuh di tangan Puan juga. Terus pergi ke Mahkamah Syariah berdekatan untuk dapatkan makluman mengenai prosedur dan borang semua.