asalamualaikum warga KRT. Aku seorang lelaki berumur akhir 30 an. apa yang aku akan ceritakan ini bukanlah seperti yang kamu semua harapkan, sebaliknya adalah tanda penghargaan bagi isteri aku. umurnya dalam akhir 20 an. masih muda, cantik, bijak, lucu , senang kata sempurna dimata aku.
Apa yang aku tuliskan hanyalah untuk mengucapkan terima kasih pada isteri aku. mungkin nampak bod0h bagi seorang lelaki untuk menulis di ruangan KRT ini tapi tak mengapalah aku coretkan juga supaya semua tahu betapa aku menghargai isteri aku.
Terima kasih sayang, kerana sepanjang kita berkahwin awaklah yang banyak menenangkan hati abang. banyak bersabar dengan karenah abang. banyak mengalah setiap kali kita bertengkar.
Terima kasih kerana sanggup berhenti kerja demi menjaga anak lelaki kita yang bijak. hasil didikan sayang anak sangat bijak, sangat baik macm sayang
terima kasih kerana banyak bersabar dengan karenah mak abang. sekerap mana pun abang ajak awak balik kampung dalam sebulan awak tak pernah merungut. malah bila mak abang marahkan awak kelmarin, awak laju tenangkan diri dan minta maaf pada maaf pada mak walaupun abang tau bukan salah awak. Dan awak memang pandai jaga hati semua orang di sekeliling awak.
Terima kasih sebab selama kita berkahwin apa saja yang abang minta awak masakkan, awak masak walaupun resepi dari google. Walaupun resepi dari google semua nya menjadi dan sedap! boleh bukak kedai makan. hehe
Terima kasih sebab masa abang diberhentikan kerja 2 tahun lepas, awak tenang je tersenyum, sikit pun tak mengeluh, sikit pun tak membebel malah awak cari jalan sama-sama untuk kita majukan diri. alhamdulillah sekarang kita sudah bertambah senang berbanding abang bekerja dulu. Semua berkat dari kesabaran dan kasih sayang awak. malah abang lebih tenang bekerja dari rumah tengok sayang dan anak membesar depan mata.
terima kasih sebab masa maklong sakit dulu, awak cadangkan pada abang untk bawak mam long duduk dengan kita memandang mak tak larat nak jaga sebab seroang di kampung dan taknak duduk di rumah kita. awak yang cucikan najis dia, madikan dia, bagi dia makan. sampailah mak long dah tak ada. sikit pun awak tak mengeluh atau minta upah walaupun mak long orang yang berduit.
Terima kasih sebab demi anak kita dulu awak sanggup di bedah, sanggup mengembangkan badan awak yang satara model tu. sekarang ni dah berisi sikit tetap catik. lagi best abang peluk.
terima kasih sayang. terima kasih untuk semuanya. awaklah isteri yang paling mulia di mata abang. abang doakan agar syurgalah tempat awak nanti. maafkan abang andainya selama kita bersama abang banyak buat awak berkecil hati atau terasa.
semoga keluarga kecil kita sentiada di bawah rahmatNya, dan semoga anak di dalam rahim sayang nanti sempurna dan sihat lahir nya. abang tak kisah anak lelaki atau perempuan. kalau lelaki, Aish ada geng. kalau perempuan aish boleh jadi bodyguard adik dia nanti. Kalau Kembar lagi abang tak kisah!




