Assalamualaikum min. Terima kasih kalau cerita ni di siarkan. Saya dah berkahwin. Belum ada anak, in sha Allah kalau ada rezeki ada lah. Isteri saya baik2 sahaja. Seorang yang lemah lembut, manja, suka bergurau, buat lawak ntah pape tapi kadang terhibur juga. Dalam rumah ni hanya kami berdua je tapi riuh suara wife satu rumah dapat dengar rasanya.
Dia punya gelak macam orang terlalu terhibur sangat dah. Tiap balik kerja, dia akan sambut saya dengan baik. Kadang kejutkan saya belakang pintu. Saya duduk je, dia bagi air cepat2. Tiap hari dia akan tanya nak dinner apa sebelum saya pergi kerja. Boleh je request pape walaupun dia tak pernah masak makanan tu, dia tetap masak jugak cari resepi kat google.
Orang selalu cakap saya ni beruntung dapat isteri yang baik macam ni. Bila saya macam ada masalah, dia akan bagi saya ruang untuk bersendirian. Dia tak pernah ingkar apa yang saya cakap. Satu hari tu, saya terlalu stress dengan masalah kat office. Saya terbawa kat rumah. Balik je saya tak layan wife saya. Dia tanya, saya senyap je. Dia pun faham kalau dah tengok saya macam tu.
Lepas je makan malam, saya duduk kat luar. Masa tu wife dah siap cuci pinggan terus naik atas. Wife saya turun bawah balik bawa kertas Dia tanya abang beli kan emas ke untuk siapa? saya jawab tu untuk adik saya sempena dia convo tak lama lagi. Wife saya pun tanya kenapa saya tak pernah bagi pun dekat dia. Banyak benda dia tanya tapi dalam nada seolah2 mengusik.
Saya terlalu serious sangat dan tertekan dengan masalah kerja, saya marah dia. Saya tinggi kan suara dekat dia. Dan yang masih terngiang kat telinga saya, bila saya ungkit balik kisah silam dia. Saya cakap dia dah takda darq sebab terlanjur dengan bf sendiri. Walaupun sebelum ni dia pernah cakap dia takda darq sebab main sendiri.
Masa tu nampak dia mula menangis. Dia lari naik atas. Saya biarkan dia. sejak tu dia mula senyap, tak ceria macam dulu. Tugas isteri masih dia buat cuma dia tak gembira walaupun dah minta maaf, dah buat macam2. Lepas beberapa minggu, baru dia okey balik macam tak ada pape jadi. Dia jadi ceria balik. Dia jadi mengada balik macam dulu. Sejak benda tu jadi saya mula belajar control emosi dan percakapan saya.
Bytheway, umur saya dah 3something tapi wife masih muda, 20 tahun. Saya cerita ni sebab nak orang ambil pengajaran tentang kisah saya. Kadang kita ni tak dapat kawal emosi sampai setiap kata2 kita tu boleh hancurkan perasaan orang lain. Yang perempuan pulak walaupun terasa hati dengan suami, jangan abaikan tugas sebagai isteri. In sha Allah saling memahami dapat mewujudkan keluarga syurga.




