Assalam semua. Mintak hide profile saya ye min. Saya kawin dah 5 tahun. Anak 2. Saya nak tanye la kat korang, patut ke bekas isteri suami saya ni keluar dengan suami saya lagi? Atas alasan suami saya tak mampu nak handle anak2 tiri 3 orang. Anak dah 10 tahun, 8 tahun dan 5 tahun? Dengan alasan, anak tak mau keluar dengan suami kalau ibu dia tak ade.
Dan patut ke bekas isteri call suami saya hari hari, sedangkan suami dah jalankan tanggungjawab dia. Suami bagi nafkah, suami ada tlg ambilkan anak2 sekolah dan solat jumaat. Bila suami saya keluar dengan bekas isteri, bekas isteri marah suami saya angkat call saya.
Pernah suami saya check in ke hotel dengan alasan anak nak mandi kolam. Bila tak bagi call suami saya lagi, bekas isteri sanggup belikan simkad lain untuk berhubung dengan suami saya. Dah macam2 saya jumpa dari bekas isteri suami saya, dia msj suami saya cakap sayang suami saya, semua aktiviti dia buat dia bagitau suami saya. Suami saya pernah marah dia, tapi dia buat lagi.
Suami cakap sebab anak anak je suami terpaksa berurusan dengan bekas isteri tapi bekas isteri banyak ambil kesempatan. Dulu kami pernah bermadu. Tapi saya tak tahu sebenarnya saya ni isteri kedua. Selepas 4 bulan, kantoi yang sebenarnya saya isteri kedua. Waktu saya nak kawin dengan suami, suami cakap dia bujang ( sebab saya kenal suami tu dia pernah bertunang dengan kawan saya ) . Selepas setahun bermadu, isteri pertama mohon cerai.
Sedangkan dahulu masa kami tengah bermadu saya dah banyak sangat mengalah dengan isteri pertama hak bermalam memang banyak dia dari saya. Suami datang ke tempat saya dalam sebulan hanya 2kali. Kepada F, apa yang awak dendamkan sangat dengan saya? Kenapa awak selalu sakitkan hati saya? Dah banyak kali saya ajak awak jumpa untuk setelkan masalah kita, tapi awak elak.
Dan banyak kali saya nasihat, cakap baik baik, tapi awak masih lagi tak berhenti. Dulu awak beriya iya sangat nak bercerai, dia dah tunaikan apa lagi awak nak. Dulu saya hormat awak, sebab awak ni bertudung labuh, saya sangkakan awak tahu hal ilmu agama tapi saya silap.
Puas ke hati awak dgn dendam awak tu? Kalau saya tahu dia suami awak, saya taknak pun. Memang saya taknak, bukan kemahuan saya dan bukan impian saya pun untuk kawin dengan suami orang. Andai dapat saya undur waktu, saya taknak pun kenal dengan bekas suami awak. Untuk hidupkan dongeng awak skarang, awak sanggup hancurkan hidup saya dan anak2 saya. Dah macam macam awak cipta masalah dalam rumahtangga kami.
Apa sebenarnya yang awak nak? Apa lagi awak tak puas hati dengan kami? Dulu hidup dia susah, awak buang dia, awak tak nak dia. Saya bermula dengan susah, bukan dengan senang! Dulu saya dengan dia tak ade pape, hanya ada motor, menumpang. Sampai skarang dah ade rumah sendiri, dah ade kereta.
Terima kasih kerana awak tak berhenti untuk menyakiti. Kerana awak, saya tahu macam mana nak jadi kuat. Terima kasih kerana dah hancurkan semuanya. Terima kasih berjaya musnahkan rumahtangga saya hinggakan kami dah tak mampu baiki lagi rumahtangga kami. Ini yang awak nak kan?




