kehadapan ibu dan bapa mertuaku tersayang, Assalamualaikum Mama dan Papa, terus terang saya katakan bahawa sepanjang perkahwinan kami, saya selalu diam tentang semua kekurangan dan keburukkan suami saya. Saya tahu buruk baik dia dan saya terima segalanya sepanjang 5tahun usia perkahwinan kami. Mama pujilah macam manapun anak mama itu pada saya, namun saya lebih tahu perangai dia.
Saya suri rumah dan anak mama bekerja mencari nafkah Kelihatan seperti saya hanya bergantung 100% pada suami dalam kewangan bukan? Dan mungkin di mata mama papa, saya kosong tak berharta menghabiskan duit anak mama sahaja. HAKIKATNYA, perangai anak mama sangatlah tak membantu di rumah. Balik kerja Hadap game di handphone, tengok tv, melepak dan tidur sahaja.
Dengan anak-anak pun dia berkira-kira untuk uruskan. Kadang-kadang bila dia marah, selalu juga dia keluarkan kata-kata kesat pada saya. Saya dah kalis dengan semua itu. Dan sayalah yang bertungkus lumus untuk membina mahligai impian ini kerana Allah. Soal kewangan pula, saya juga ada menampung perbelanjaan untuk rumah dan anak2. Dapat duit dari mana? Saya simpan sikit2 dari duit hasil jualan online kecil-kecilan saya.
Tak akan semua hal kewangan saya nak cerita pada Mama Papa? Kipas rumah, oven, dapur gas, cerek air, aircond, dan beberapa baju anak2 adalah hasil dari titik peluh saya yang tidak bekerja ini. Janganlah Mama perasan yang anak mama yang dah beri semua kelengkapan itu untuk kami. Mama sendiri tahu gaji anak mama tu berapa, 2k sahaja. Anak kami dah masuk 3 orang. Bila kami jalan-jalan pergi holiday, ketahuilah bukan duit anak mama 100% yang tanggung.
Saya sebagai isteri support juga 50-50. Inikan keluarga saya, pastilah saya juga mahu berikan kemudahan pada suami dan untuk gembirakan anak-anak juga. Mama Papa tolonglah jangan perasan anak mama yang tanggung kami 100%. Janganlah cemburu bila kami holiday. InsyaAllah, ada rezeki pasti saya juga mahu bawa Mama Papa bercuti.
Malangnya, kami masih belum mampu. Anak mama juga tak mampu nak belanja saya dan anak2 sepenuhnya. Saya perlu korek tabung juga. Saya hormati Mama Papa sebagai parents saya. Kenapa Mama Papa suka merendah-rendahkan saya sebagai suri rumah. Cukuplah, saya sudah penat.




