Salam, ni story kawan mintak tolong share di krt. Salam semua, just nak share kisah isteri aku yang sangat low self esteemnya. Macam ni.. aku kenal dengan bini aku dalam keadaan kita orang sama2 montel. Tapi aku suka bini aku ni sebab comel. And seronok rasa kenal dengan dia.. seronok sampai aku tak kesah pun flaw dia bab2 gemok tu. Time dekat nak kawin kita orang kurus sama2 memang hensem dan lawa la kitorang ramai puji tapi pastu gemok balik haha tapi aku bahagia je tak kesah pun tapi of cos ade usaha nak kurus balik.
Masalah aku sekarang adalah bini aku punya family. Suka betul cakap dengan dia.. “baik kau kurus, nanti kena tinggal dengan laki kau” “awal2 je laki kau sayang, nanti dapat yang kerengga, dia tinggal kau macam tu je” “hodoh, boyot, selekeh, laki cari lain nanti padan muka” “muka hodoh pergi la buat sesuatu”
Mula2 aku mintak bini aku abaikan je, lama2 ko tau tak bini aku dah tak ceria, ada simptom kemurungan, dia hentak kepala dia kat dinding ckp “aku hodoh aku tak layak hidup”.
Aku sedih tengok dia min, sampai doktor bagi dia ubat penenang. Dia jadi paranoid tiap kali aku balik dia check handphone aku, gaduh pasal pinggan tak basuh dia boleh mintak cerai sambil cakap ” ceraikan aku lah. kau ingat aku heran ke, aku tau aku hodoh. aku dah ready pun kene cerai” sedih tau min. Dia asik sebut je pasal cerai. Duit simpanan dia memang belambak la baru umur 30 tahun dalam bank dah 6 angka , sebab dia kata nak prepare untuk cerai. Aku tak kesah pun kereta rumah smua aku bayar aku tau tanggungjawab aku.
Aku nak tanya kat warga krt ni memang dalam kepala korang kawin ni untuk bercerai ke? Aku ni min asal dari keluarga harmoni bab2 rumahtangga ni. Aku tak penah nampak mak bapak aku gaduh pun. ade la sekali tu pun sebab biasa2 je. Mak aku gemok bapak aku kecik je. Elok je tgk tak ade pulak muncul isu2 orang ke 3. Yang bini aku ni, bapak dia kawin 2 , memang bapak die ada history pun tinggalkan perempuan (mak tiri bini aku) tapi tu hal dia lah. Yang samakan aku buat ape.
Aku ni min kalau tak ade bini aku tak tau la macam mane aku nak truskan kehidupan. Dia je tempat aku luahkan semua benda. Sedih ke susah ke happy ke.. tolong bagi cadangan ape aku boleh buat lagi untuk yakinkan bini aku.. aku sayang dia dunia akhirat.. dia sebut cerai aku yang nangis.. and seriously bini aku tak hodoh, dia montel je. Waktu aku nak kat dia dulu aku kene bersaing dengan 3 orang.. and aku bangga je dia jadi bini aku. And family aku semua sayang dia sebab dia pandai ambik hati family , pemurah, dan rajin masak.




