saya pasangan baru berkahwen 5 bulan. pekenalan 6 tahun. saya geram dengan suami.. fikiran dia selalu sangat yang bukan2. yang negative. susah sangat nak positive. Apa saya buat smua negative Saya nak pergi makan dengan kawan2 yang veteran2 40 an yang sebaya mak saya dah pun pun dia tak bagi saya pergi
saya nak pergi mana pun dengan kawan semua tak boleh. control sangat2. dari sebelum kawen lagi dia macam tu. bila tanya dia cakap takot saya kuar dengan laki. saya cakap saya tau batas saya. saya dah jd isteri awak.. saya tau dosa pahala saya.. tolong laa jangan buruk sangka selalu. tadi nak pergi jogging dengan mak saya dan dia..
Tiba2 mak cakap tak nak pergi. sebab dah pukul 6.. dia cakap kat saya ni sume hang punya pasal. mesti hasut mak tak bagi pergi.. saya sedih sangat2. sedeh teramat2.. apa saya buat tak pernah nak betul.. mana saya nak pergi semua tak bagi. semua tak boleh. semua kena ada dia. saya langsung tak pernah ada masa untuk diri saya.. asyik2 dia.
saya tak jemu. cuma saya teringin macam kawan2 lain. ada masa dorang.. tau laa sayang tapi pada2 laaa.. saya teringin sangat2 nak jalan2 dengan kawan2. tak bagi yang muda yang tua pun boleh. kawan2 aerobic saya.. itu pun dia tak bagi.. saya tak tau nak buat macam mana lagi..
Saya penat dengan dia.. boleh sakit jiwa dibuatnya.. pikiran kotor selalu.. tak penah nak fikir yang baik2.. tak pernah percaya apa saya cakap.. macam mana nak berubat orang macam ni.. ada apa2 saranan.? saya dah berbuih mulut yakinkan dia. tapi tetap sama.




