Assalamualaikum admin..minta tolong hide profile saya..saya seorang surirumah dan berkahwin dengan seorang angota.. kami hidup bahagia dikurniakan sepasang anak.. orang luar yang tengok kehidupan kami pasti merasakan kami cukup bahagia.. tiap kali hujung minggu pasti kami dapat balik ke kampung.. jarang sangat tiap hari minggu kami ada di rumah sendiri melainakan suami duty ataupun ada hal yang tak dapat dielakkan..
Jarak rumah kami dengan mak mertua dalam 1jam lebih saja.. masalahnya tiap minggu balik umah mak mertua je.. saya tak ada masalah nak balik rumah mak mertua sebab hubungan saya dengan mak mertua dan ipar duai memang sangat baik. Cuma saya rindukan keluarga saya sendiri. mak saya rajin telefon saya tiap minggu..kami sering bertanya khabar antara 1sama lain. Kadang2 abang buat video call tapi tak sama kalau kita dapat balik kampung dan dapat peluk mak ayah kita kan..
Tiap kali call mak saya akan tanya bila saya nak balik kampung. tiap kali tu lah saya tak tau nak bagi jawapan. mak mesti rindukan cucu2nya lagi2 anak2 saya memang sgt rapat dan mesra dengan mak abah. bila bincang dengan suami tiap kali tu la kami akan gaduh besar sebab suami tiap minggu nak balik rumah mak mertua. katanya jadi tanggungjawab dia untuk balik tengok mak dia sebab mak dia ibu tunggal..
Mak mertua saya duduk dengan 2 orang anak lelaki yang bujang. tapi mereka kerja tentu masa. hari minggu pula mereka menghabiskan masa dengan kawan2.. jadi mak mertua selalu keseorangan. saya faham keadaan mak mertua saya yang sunyi. tapi saya cuma minta suami saya balik ke kampung saya sebulan sekali je. tu pun jadi masalah besar untuk dia.. katanya kalau balik ke kampung saya modal besar dengan duit minyak dan tol.Kalau balik ke rumah mertua minyak tak sampai rm40.
Saya ni pentingkan diri sendiri ke klau saya rindukan mak abah saya kat kampung? nak dibandingkan balik rumah mak mertua yang balik tiap2 minggu, suami hanya benarkan saya balik ke kampung 2 bulan sekali saja.. sedih saya.. saya ni memang rapat sangat dengan mak.. biasa anak perempuan memang rapat dengan mak kan. mak mesti rindukan saya dan cucunya juga. bila saya cakap saya rindu dengan keluarga saya di kampung suami cakap saya kebudak2an dan tak matang.
Tambahnya bukan kewajiban saya untuk pulang ke kampung jumpa mak ayah saya. Adil ke macamtu admin? bila saya bertegas suami saya tetap juga dengan pendiriannya yang tak bagi saya balik ke kampung saya. katanya saya wajib ikut suami. Betul la ramai yang cakap angota ni hati batu hati kering. saya cukup faham kedudukan saya sebagai isteri. Tapi mana tanggungjawab suami yang sepatutnya bersikap adil terhadap keluarga saya juga.. bukan ke ibu bapa saya juga dah macam ibu bapa dia sendiri. sehingga kini masih tiada penyelesaian masalah kami ni. diharapkan ramai yang dapat memberikan komen2 yang positif ya.




