Assalam.. Warga krt.. Maaf saya meluah disini. Sebab saya tak de kawan yang nak luahkan rase yang terpendam. Dah lama sangat saya pendam. Saya tak pernah bekerja sejak kahwin. Hidup saya hanya urus anak , anak dan anak saje. Suami pulak pegi keje balik keje makan mandi dan dia terus akan pegi lepak dengan kawan kawan. Kalau cuti lagi lah dari pagi sampai malam baru balik. Anak anak 24 jam dengan saya.
Tapi kalau dia balik anak anak semua akan melekat je dengan dia. Sampai dia cakap rimas. Kadang kadang saya tengah makan ,anak berak saya mintak tolong dia basuhkan pun dia tak nak. Geli katanya. Saya pun basuh tangan terus basuh berak anak dan sambung makan lagi. Taik anak sendiri kan. Kenapa nak geli? Nanti dah tua tak boleh bergerak nak berak anak geli nak basuh berak bapaknye sendiri baru tahu.
Bila saya tengah lipat kain, anak nak susu saya mintak dia buatkan susu pun dia cakap tak tahu nak buat. Sibuk dengan henpon nya main game. Kalau lah satu hari nanti Allah ambik nyawa saya, macam mana lah anak anak saya nanti sebab dapat bapak macam ni. Dari lahir sampai besar saya yang buat semua. Pegi keje pun kadang kadang malas. Sebulan tu mesti ade cuti. Padahal dia keje sampai sabtu je.
Kalau lepak 24 jam dengan kawan takde plak malas. Kalau dia tak keje saya akan bising. Yelah dia keje gaji ikut harian. Sosco epf semua takde. Nanti dapat gaji pun tak seberapa. Macam macam nak bayar rumah , bil, anak sekolah, pampers susu anak lagi belum lagi hutang kiri kanan. Kalau tak cukup ,dia suruh saya pinjam kat mak ayah saya plak. Malu saya nak pinjam. Hutang dengan mak ayah saya yang lepas pun tak habis bayar lagi. Senang je dia cakap.
Saya kalau ade peluang pegi keje ,dah lama saya pegi . Tapi sebab anak anak tak nak dengan orang lain , nak bayar pengasuh untuk 3 orang anak saya tak mampu, terpaksa saya pendamkan hasrat tu . Baru baru ni anak saya demam, menggigil badan dia Saya ajak dia pegi hospital tapi dia kate demam sikit je tu. Nanti baik. Kalau lah saya pandai drive sendiri dah lama saya hantar sendiri. Takde lah susah payah saya nak ajak dia.
Hospital pun bukan jauh , dekat je. Nak naik grab ke teksi mase tu saya pun kekurangan. Dalam dompet pun ade rm5 je. Akhirnye dia hantar jugak pegi hospital ,tu pun lepas bergaduh. Dia pukul saya. Berlebam bengkak muka saya. Yang demam tu darah daging dia kot. Dengan anak sendiri dia buat tak tahu. Kalau dengan anak orang lain bukan main lagi baik sangat .
Kalau kat hospital kerajaan ,biasa lah tunggu lambat sebab banyak orang. Dia bising bising plak lambat. Dia cakap Baik duduk rumah. Kalau anak tak sakit ,saya pun taknak jejakkan kaki kat hospital tu. Nak pegi swasta pun saya tahu dia takde duit. Dah tunggu lama tu, saya tanye lah dia ‘pegi tanye kan dokter tu lama lagi ke’. Sebab 2 jam dah tunggu dokter tak panggil lagi. Dia boleh cakap ‘pegi lah tanye sendiri. Nak sangat pegi hospital kan’. Sedihnye hati saya ni.
Sebelum ni saya penah bace kat whtsap dia mintak no henpon sorang janda kat kawan dia. Dia kate tu kawan dia yang nak. Tapi kenapa dia plak yang sibuk nak tolong mintakkan . Suruh lah kawan dia tu mintak sendiri. Saya dah buat semua untuk dia. Jaga anak, urus rumah tangga, saya korbankan seluruh hidup saya ni untuk keluarga kecil saya je. Dunia saya ni dengan suami dan anak anak je. Saya ibu muda. Dalam usia macam ni kawan kawan masih enjoy lagi. Apelagi yang kurang?
Mungkin saya kurang cantik macam perempuan kat luar sana. Lagi satu kalau kat fb dia suke bercomment dengan orang lain. Bila saya masuk bercomment dia boleh krik krik je. Malu saya kalau orang tak layan. Padahal suami sendiri . Kalau kat gambar budak budak ke anak orang lain ke dia comment ‘comel’ . Dengan anak sendiri dia takpenah comment macam tu. Hari tu birthday anak buah dia, dia siap upload gambar kat fb sendiri caption ‘happy birthday’. Tapi bila birthday anak sendiri takde plak dia upload gambar anak kat fb dia.
Saya upload gambar anak anak dia pun, takde plak dia comment, like pun tak . Saya tak mintak apa pun.. Cuma hargai, sayangi lah saya dengan anak anak. Jangan zalim. Saya dah macam hamba abdi dah. Kalau macam ni orang yang normal pun boleh gila. Kalau boleh saya taknak perkahwinan ni berakhir dengan penceraian. Saya tahu penceraian itu halal tapi dibenci oleh Allah. Sebab tu saya pertahankan sampai sekarang.
Sebelum ni mak ayah saya tak suke dengan dia. Setelah bertahun tahun baru saya dapat yakinkan mereka . Ingat senang ? Kalau ikutkan hati yang sakit ni ,saya lari je jauh jauh bawak anak anak saya. Tapi sekali je saya lari , saya takkan pandang belakang lagi. Tu janji saya. Biar dia merayu , melutut sekalipun. Terima kasih sebab dah publish cerita saya. Tolong hide nama fb saya. Saya harap anda semua tak kecam saya. Sebab anda tak berada di tempat saya . sekadar meluahkan apa yang terpendam selama ini




