Salam admin. Entah mengapa hati saya berasa lapang apabila suami memberitahu saya yang dia hanya balik ke rumah saya sehingga hujung bulan ini saja. Terasa dada saya lapang. Mungkinkah ini jawapan Allah terhadap istikarah saya sebelum ini.
Saya bakal ditinggalkan. Saya isteri pertama sudah hampir tiga tahun hidup bermadu yang cukup menguji kesabaran saya sebagai isteri.
Suami tidak mampu nak berikan nafkah zahir saya maafkan lagi atas alasan memperbaiki rumahtangga yang retak.
Tak balik ke rumah saya berdoa agar Allah membuka hatinya tentang tanggungjawab tapi hampa. 4 kali mengandung sendirian, melahirkan sendirian biarpun keempat2 anak syurga lahir meninggql.
Mungkin ini sebabnya saya tidak mampu memberikan suami zuriat. Hati saya sakit tapi suami ego, tidak pujuk. Saya mengalah tapi akhirnya dipersalah. Saya hanya minta hak giliran bermalam sahaja itupun tidak mampu mungkin hati dia sudah tiada buat saya. Saya masih sayangkan suami saya maklumlah 16 tahun hidup bersama. Runtuh juga kerna saya saja yang cuba mempertahankan.
Hari ini hari ke 20 saya berpantang seorang diri kerna melahirkan anak syurga yang keempat.
Mungkin hari ini suami saya sedang berbahagia dengan isterinya dan anak2 tirinya. Suami saya sakit sekarang, tapi saya tak dapat kumpul pahala ini kerna suami seolah2 tidak tenteram berada di rumah saya mesti hendak kerumah isteri mudanya.
Mungkin ini la kelebihan kahwin dengan janda pandai mengoda atau menjaga suami. Saya sudah cuba terbaik utk 16 tahun perkahwinan. Bila hati sudah berperganti yg lama dilupakan. Doakan saya sabar, redha dgn ketentuan hidup ini.




