Salam admin.tolong hidekan siapa saya. mohon kerjasama rakyat malaysia yang follow page nie. bagi kerjasama dengan saya untuk memberi pandangan apa saja. saya terima dengan terbuka. Begini, saya seorang isteri yang bekerja sebagai cleaner sekolah dan suami saya hanya kerani biasa dipejabat pos. kehidupan saya dan suami sederhana sejak berkahwin. alhamdulillah..saya memiliki ibu mertua yang hidupnya mewah ada rumah besar, begelang emas rantai emas bnyak…tetapi masalah saya sekarang ibu mertua dan adik ipar saya setiap minggu datang kerumah saya.
setiap minggu dimaksudkan saya dalam sebulan 3 hingga 4 kali sabtu atau ahad datang kerumah saya bersama dengan adik ipar.. suamiku pulaa seorang yang anak emak sngat2. apa kehendak ibunya akan diturut dan dengar. benar syurga anak terletak ditapak kaki seorang ibu tapi korang yang baca masalah saya ini sila nilaikan.. begini, setiap minggu ibu mertua saya datang suamiku akan jamu mereka dengan makanan yang sedap2 dari biasa kami suami isteri makan. kadang2 saya kecik hati ibunya makan sedap2. makan makanan lauk luar beli itu ini. kiranya penuh meja makan..
kalau saya dengan suami dan anak2 kami makan ap yang ada saja.. bayangkan sebulan 3 hingga 4 kali datang kerumah saya suami saya jamu merekaa dengan mewah. sampai kadang2 saya tengok duit poket suami saya kering. Bila tidak ada duit dia ambil duit bil api air,duit yuran anak yang saya simpankan dalam laci untuk dilangsaikan. itu semua duit saya membantu suami saya bayar segala bil, tetapi duit itu diambil untuk jamu mak mertua saya yang akan datang setiap minggu.. sakitnya hati saya. bila saya persoalkan suami saya marah tengking saya pernah penampar saya dan anak2.. bayangkan korang betapa tensionnya saya waktu tu, dengan kehidupan kami yang sederhana boleh menjadi susah dengan situasi macam nie.
suami saya jenis kalau ibu mertua datang dengan adik ipar dia tidak akan jamu satu menu makanan tapi jenis bnyak menu smpai penuh meja. mana duit tdk lari korang mana saya tidak gaduh dengan suami. setiap minggu dalam sebulan.
bayangkn sebulan ada berapa hari sabtu dan ahad hm… lebih tensionkn saya, saya dengan suami tak dapat nak luangkan masa brsama nak manja2 ka berjalan berduaa tepi pantai ka, ronda2 ambil angin ka tak pernah sampai nak pergi rumah mak saya sendiri pun tak dapat sebab apa.. cuti sabtu ahad saya dipenuhi oleh ibu mertua dengan adik ipar saya..
Bayangkan saya bertahan selama 10 tahun yang lalu. bila saya dengar sabtu ahad saya jadi benci dan menyampah rasa nak lari ja. Tapi saya terpaksa berlakon jadi suka untuk melayan mereka. mereka tidak fahamkah sabtu ahad adalah masa untuk rehat kerja hari2. jadi cleaner sekolah bukan senang, memenatkan. Dengan nak urus suami lagi,anak2 lagi tambah ibu mertua lagi..ya Allah bayangkan tensionnya saya. saya bergaduh teruk dengan suami, saya berkata abang tegurlah mereka janganlah kerap datang sangat, bukan tidak bagi datang tapi berpada padalah sampai duit poket kita kering.
kalau jenis makan apa saja macam saya dan suami tidak apa. ini nak lauk mewah itu ini.. paling mengecewakan saya, suamiku jadi pencuri terlalu pilih mak.. suami saya curi rantai gelang saya dia gadai untuk simpanan wang akan datang untuk byar bil dan keperluan yang lain.. duit yang sedia ada sebelum ini saya sediakan dia guna untuk jamu mereka. sekarang bila tiada duit gadai barang saya..apa korang akan rasa. suami saya bukan boleh saya bersuara dia panas baran, dia penampar saya..
saya letih admin, saya juga manusia biasa yang perlukan rehat perlukan kasih sayang suami dan isteri bermanja2 dengan anak. Setiap hari ketenanganku dirampas oleh keluarga mertuaku..10 tahun admin saya bertahan, kini saya sudah letih.. manusia boleh berkata sabar tapi yang melaluinya saya.. bila saya menegur suami saya, kenalah jaga hati isteri, jawapannya syurga anak terletak ditapak kaki ibunya…
semuanyaa ibu dia lebihkan..sekarang masalah saya ini,saya persoalkan saya tiada hari untuk berehat dan bahagia. hari minggu saya yang derita melayan ibu mertuaku dan keluarganya umpama saya ini tiada keluarga langsung untuk diluangkan..hm..apa pendapat korang dan bagi idea untuk saya selesaikan…saya manusia biasa yang perlukan ketenangan.




