Salam admin. Tlg hide profile saya
Saya Wan dan isteri ZI telah berkahwin selama 9 tahun, atas dasar suka sama suka. Rumah tangga kami turun naik sama macam org lain. ade masa bahagia, ada masa duka. tiada isu orang ketiga
Baru2 ni isteri saya secara senyap2 telah merancang bercuti bersama kawan2 ke Flores-Bali, Indonesia dan saya terpaksa bagi kebenaran memandangkan dia hanya minta izin selepas membeli tiket flight dan bayar ejen dan hotel.
saya menjaga tiga anak2 semasa dia bercuti. saya ok mengemas rumah, basuh jemur dan lipat baju, gosok pakaian sekolah anak2 dan lain..saya paham kerja suri rumah separuh masa kerana saya telah diajar oleh mak sejak kecil untuk berdikari. Selepas balik dr Flores-Bali bulan Julai lepas, isteri saya berubah perangai. Dia mudah marah dan kerap menyuruh saya tido di bilik lain, supaya tido saya tidak terganggu disebabkan dia akan tido lambat selepas mengemas bilik dan umah.
Dia menukar password hanset Huawei dan akan membawa telefon masuk bilik air tiap kali mandi secara senyap2..saya cuba bersangka baik sehingga lah saya terbangun suatu pagi, dalam 4 pg ( 3 minggu lepas) dan sedar isteri saya tertido dan hanset tidak di bawah bantal seperti selalu..saya berjaya teka password dan alangkah kecewa apabila membaca berpuluh2 mesej2 FB antara dia dan travel guide Flores-Bali..ayat2 penuh dengan nak peluk, rindu, sayang dan lain2..mesej akan bermula setiap malam selepas pukul 11malam (saya tido), sehingga ke awal pagi..ade mesej pukul 3.06 pagi, ade 4.21 pagi..
mereka ade berkongsi video brsama semasa bercuti, dan isteri saya ade berkongsi gambar selfie yg cute dengan nya..isteri saya akan delete mesej2 tu selepas bangun tido 6.30pg..dia akan off mobile data semasa tido supaya tiada mesej FB akan masuk..jadi selepas itu, setiap malam saya akan bangun senyap2 dan membaca mesej antara mereka berdua, kemudian akan menyimpan balik telepon itu seolah2 tiada ape yg berlaku..saya juga percaya isteri dan dia membuat video call setiap kali isteri saya mandi kerana isteri saya akan membawa telepon secara sorok2 ke bilik mandi bersama, tapi saya tiada bukti kukuh.. huhu mcm tuduhan jahat pulak
saya memang kecewa tapi saya sedar silap saya kurang bagi tumpuan kepada isteri saya. untuk makluman, saya bekerja shift di kilang minyak, lokasi kira2 120km (sehala) dari umah. saya akan bertolak dara umah pukul 6 pagi ( shift 7.30pg-7.30 malam) dan akan sampai dalam pukul 9 malam. saya akan pastikan saya tido sebelum pukul 12 malam supaya saya segar ntuk perjalanan keesokkannya.
Isteri saya bekerja sebagai pegawai kerajaan di sebuah institusi pendidikan di bandar K. Tiap2 bulan saya akan transfer rm2k dan akan tambah jika isteri minta, tanpa sebarang soalan. bil2 rumah semua saya bayar dan 2 minggu sekali saya akan beli barang2 rumah di pasaraya. Saya percaya isteri saya keletihan dan kesunyian disebabkan rutin keje syif saya. apabila bercuti ke sana , mungkin dia dah jumpe kegembiraan yang sebenar untuk dia. 2 minggu lepas dia ade mesej minta dilepaskan secara baik kerana dia bukan isteri yg baik tapi saya enggan.
tidak dinafikan nafkah batin kami tidak seperti pasangan lain. isteri saya hanya melayan saya hanya 2 – 4 sebulan..kadang2 sekali sebulan walaupun umur belum lagi 35 tahun.. itupun setelah merayu macam pengemis berbelas2 malam..dia merungut letih dan tiada mood setiap kali ingin bersama..saya hanya pendam perasaan setiap kali ditolak kerana percaya hubungan bersama bukan faktor utama suami isteri
Kemudian, 5 hari lepas, isteri saya baru mengetahui yg saya tahu password dia..itupun disebabkan saya terlupe nak off balik mobile data selepas membaca mesej2 FB tu..sekarang dia berada di bandar metropolitan melawat adik beradik dia tapi saya tahu dia bermesej dengan lelaki itu di sana kerana di FB ada indication active walapun pukul 2 pagi.. saya tidak tahu password FB dia
Jadi saya ingin bertanya. apa patut saya buat? Salah ke tindakan saya baca mesej2 peribadi isteri saya? Adakah ilmu hitam sihir atau minyak guna2 dituju ke isteri saya semasa bercuti. Saya akan berlakon tidak mengetahui ape2 berkenaan dengan mesej tu tapi entah sampai bila boleh bertahan. kadang2 menangis bersendirian dalam kereta semasa memandu pulang .Saya nak elak bergadoh dengan isteri di hadapan anak2 ..saya sayang keluarga saya tapi saya bukan insan sempurna
Saya buntu..mohon bantuan nasihat dr semua..ape cara yg patut saya buat? bercerai adalah keputusan yg terakhir setelah abis cara lain..isteri saya mungkin jenis yg slow atau lampi bila masuk bab2 ni, sebab hadiah besday saya (Camera) pun masih tak dpt selepas setengah tahun besday. Dia cakap tak ade duit tapi boleh pergi melancong




