salam min.. aku nak cerita sikit pasal masalah orang mengidam ni.. isteri aku baru pregnant 4 bulan anak sulung kalau dia mengidam makanan tu aku boleh terima lagi hujung malaysia pun aku sanggup carikan.. ni ko tahu dia mengidam ape min? dia nak makan polystyrene yang warna putih tu min.. tak sempat nak berfikir waras aku dengar malam2 dia merengek nak polystyrene tu.. so satu malam dia mintak aku bungkuskan nasi untuk dia sebab dia kata tak larat sangat nak masak..
sampai rumah, nasinya tak makan pun, dia suruh aku yang makan, polystyrene tu dia simpan dalam bilik.. dia ingat aku tak nampak. masa dia solat isyak aku ambik lah buang dalam tong kat luar.. dia merajuk dengan aku sampai tidur tak pandang aku pun.. aku tanya kenapa sampai simpan polystyrene tu? kan kotor.. dia kata ‘sayang dah basuh la guna sabun, apa ingat sayang pengotor ke nak simpan kotor2 macamtu. anak kita nak, bukan sayang nak’ ada pulak dia cakap anak dalam perut yang nak? lepastu esoknya kawan dia ada buat birthday party anak dia, isteri aku cakap dia sakit pinggang taknak pergi..
tapi ntah macamana tiba2 dia senyum dia kata ‘jomlah bang, pinggang ni tiba2 dah ok’ aku tak fikir apa pun terus je siap2 start enjin kereta pergi rumah kawan dia.. sampai sana, birthday party kan biasa lah guna pinggan n cawan polystyrene.. tapi masatu aku betul2 lupa! isteri aku dalam pinggang sakit macamtu dia hidangkan aku nasi n lauk, kuih, air sedangkan aku cakap takpe aku boleh buat sendiri.. dia berkeras jugak.. last sekali dia ambil makanan dia sikit je, sepotong kek n air tea secawan.
bila dah siap makan aku toleh ke sebelah, aku tengok bibir cawan polystyrene isteri aku tu dah sopeng..
orang bandar cakap dah bekas kena gigit macamtu.. dia boleh pandang aku dengan muka tak bersalah sambil sengeh macam kerang busuk.. Aku tanya dia mana pergi serpihan tu? dia cakap dah ada kat dalam perut dengan baby.. what? dia boleh telan benda tu? lepas dah jumpa anak kawan dia dah bergambar semua dia ajak aku balik.. sebelum sampai rumah aku singgah kejap kat tepi pantai, tengok bini aku tengah tidur.. phone dia letak kat radio kereta.. kebetulan kawan dia yang tadi tu whatsapp ‘tengkiu datang tau, aku harap baby kau keluar nanti sekali dengan polystyrene yang kau telan’ aku pun pelik dengan penuh tanda tanya aku bukak conv diorang..
ceh patutlah bini aku dari sakit pinggang tiba2 segar, rupanya awal2 dia dah tanya kawan dia tu buat birthday party pakai pinggan plastik ke polystyrene.. macamni ye rupanya orang mengandung, kalau dia nak something tu dia akan buat apa je untuk dia dapatkan.. aku harap lepasni dia dah tak mintak bukan2 diluar kewarasan aku dah min.. tu je nak share, tq min..




