Assalam warga krt. Ya Allah sesungguhnye Allah sebaik2 perancang, sekejap sangat aku merasa menjadi isteri seorang yang aku sayang dan cinta sepnuh hati dari zaman sekolah lagi. 2 hari lagi genap 4 bulan usia prkhwinan aku dan dia. Dan selama itu juga lah aku melayannya seperti seorang raja. Walaupun aku terabai. Setiap pagi sarapan terhidang, balik berniaga aku letih macam mane pun aku masak untuk dia balik kerje petang tu, malam2 lepas dia balik melepak tak tentu hala walau aku dah baring nak tido, dia wasap nasi goreng ade tak, laju aku bangun masak ke dia nasi goreng .
Isninn hingga jumaat kerja pagi. Petang balik makan, rehat sekejap, main henset aku tahu dia chat perempuan lain, tapi aku tak boleh care nanti aku makan penerajang mandi lepastu keluar lepak, balik makan, then tido. Sabtu dan ahad cuti, siang bgun sarapan, mengadap henset dia lagi suka chat perempuan lain dari borak dengan bini, aku basuh baju dia, dia buat tak cara jelah. Hahaha orang gaji kan. Tapi, bila satu2 Allah nak tunjuk, permulaan aku jumpa baju sweeter perempuan lain. Dan aku tanye dia marah dan lebam bengkak lah aku. Dan aku masih berdiri teguh melayan dia sepenuh hati aku sprti biasa. Aku mudah melupakan. Ikotkan terlalu panjag ceritanya dan arini hri jadi aku dan hadiah istimewa aku dapat adalah ‘kami dalam proses penceraian’ .
Aku terlalu banyak tutup mata family aku dari nampk suami aku ni macam2, tapi hqrini aku rase dah tak tahan sangat. Sepatutnye 4 bulan tu masih mood bermanis manisan lagi. Tapi ape yang aku dapat adalah penderitaan, kesakitan tak berkesudahan, ketakutan pada suami sendiri, suami aku curang depan mata aku. Tapi aku ? Tak ape cuma memaafkan dan layan sperti biasa.. demam bagi makan ubat, urut kaki, picit kepala. Kaki yang terajang aku tu lah aku urut tangan yang menampar dan menumbuk aku tu lah aku cium tiap malam sebelum tido Wajah yang membenci aku dalam diam tu lah aku belai tiap malam. Ya Allah sesungguhnya aku sangat menyayanginya, sekejap sangat aku dapat melayaninya ya Allah..
Ape yang korang nak tahu, saya dan hubby kahwin usia muda 23 tahun . Sama umur, hubby tak puas hidup bujang. Keluar lepak tiap malam dengan member bujang main game . Tak ingat bini kat rumah haihh. Betul2 terabai rase. Dan 1 lagi aku nak cakap aku bukan tak cantik, dan aku bukan tak berduit. Dan aku sikit pun tak bergantung dengan dia and susahkan dia. Tapi yang aku terkilan, aku kalah dengan budak mentah umur 16 tahun. Ya Allah. Okaylahh nanti aku sambung




