salam min . hide profile sepupu saya ni min . thanak min . Saya tertekan sangat dengan suami saya min . rasa marah saya tu dah mencanak sampai ke otak dah . kami belum ada anak lgi . duduk menyewa . baru-baru ni dia ajak kawan dia duduk menyewa dengan kami . pdahal sebelum ni saya dah pernah berkeras yang saya tak nak duduk dengan orang luar dlm umah kami . nak kata tak mampu bayar sewa . saya pun kerja min . bukan apa min . sblum ni pnah jugk dia ajak kwn dia duduk skali dengan kmi . kwn dia tu dah kawin . bini kwn dia duduk memerap dlm bilik 24jam . makan minum saya yang sedia . berak tak cuci betul . ada sisa taik kat mgkuk . lepas tu tak pndai nak beli brg dapur . kalau beli pun beli ikan bilis , cili bawang . tak smpai 10 hinggit pun kluar .
bila beli makanan biskut ke kropok ke dorang sorok dalam bilik . bila tang saya yang beli . baru nak makan dah tak ade . sakit hati saya . bila makan , selalu tinggal makanan sikit-sikit . bole kata kalau lauk seketul dua dorang tggal kt pinggan . nasi kat periuk dua tiga suap . lauk demand nak yang sedap ikut tekak dorang . beli tak nak plak . bila takde duit , dorang tak brani minta dengan saya . tapi dorang minta dengan laki saya . laki saya ni terlebih bijak . murah hati sangat . saya dah tak bole tahan la min dengan laki saya ni . dah kawin pun nak berkepit ngn kawan jugak .
saya marah dia dah 2 3 hari jugak sebab pandai-pandai ajak orang tumpang tnpa tanya saya .. dia kata saya ni kuat bebel . tak ksian kan dia letih balek keje . asyik nak bebel je .. pahtu saya ni sapa plak nak ksian ? nak bela mayat hidup kt umah .. apa orang laki nak eh min ? bila bujang sibuk nak kawen . bila dah kawen asyik nak bt perangai bujang .. saya cakap kt dia kalau lama-lama cam ni bole giler saya ni . dia bole jawap aah memang saya nak awak gilerr ..
tadi saya bincang dengan dia . sebab malam ni mybe kawan dia akan smpai . biar adil .saya nak tmpal note dkt stiap pnjuru dlm umh . mnumpang bt cara mnumpg . jgn nak jd mem kt umh plk .. dia marah siap baling pinggan yang penuh lauk nasi kt saya .. dia kata nak makan pun takde mod . saya balas tak pqyah la makan tapi jujur setitik air mata saya tak keluarkan ntok dia .. betapa saya menyampah giler nak layan prgai dia .. hidup takde tanggungjawap . apa dia ingt tggungjawap dia dah selesai bila dia kerja cari makan minum ntok isteri . bg nafkah batin dn sebagai ny .. tapi hati isteri diketepikan .
banyak kali saya pesan kt dia . bila awak susah atau sakit . anak bini awak yang selalu ad tepi awak , yang akan basuh berak muntah awk . sekarang ni awak bru diuji masalah sikit . berapa ramai kawan awak dah lari tinggalkan awak . sblum ni laki saya bisnes sndri tapi dah kena tikam ngn member sndri . so kmi mula idup baru kt tmpt baru . ingt kan perangai dah berubah . rupa nya serupa jer . abih kwn lama dia nak angkut duduk dengan dia .. saya warning dia , sekali saya pergi dari umah ni . memang saya takkan pusing balek . saya letih sangat min . bukan setahun dua saya hadap bnda ni . dari lemah lembut smpai jd kasar . dr penyabar smpai jd pemarah . dulu saya dah berhabis sabar dah min . saya ikut jer cara dia . tapi sekarang ni saya dah tak bole nak sabar dah .. smpai bila nak hadap prgai yang takreti nak berubah . tak bole bkwn kt luar . dia ajak rombongan brkawan kt umah plak . dia ingt rumah kebajikan ke apa . semua nak pungut . dah kawen bt la life cm orang dah kawen . tinggal laa kwn. tak mat! pun takda kawan .
dah la dkt umah pun 24 jam ber whtapp dengan kawan .. fuhhhhh . macam mana la saya bole sabar . Bila saya cerita baik buruk kawan dia, dia kata mulut saya ni jenis suka mengumpat orang dia tak suka .. saya ckp saya bukan mengumpat . kalau saya tak cerita awak takkan nampak . bila awak tak nampak . awak takkan sedar .. dia marah saya plak .. phtu merajuk taknak layan saya . saya cabar dia kalau dia bole jumpa pmpuan lain yang bole terima dia seada nya macam sayaa terima dia sekarang ni .. saya lepaskan dia .. lagi la dia marah .. hahahhaaha dia ingt saya ni kemaruk sangat agk nya . klu dah hari-hari makan hati .. bt apa nak pertahanakan rumahtangga lgi . saya bukan nak cari yang smpurna min . cukup la yang memahami .bertanggunggjawap . sayangkan saya .. tapi kalau dah hari-hari berperang .. hmm hati sapa bole tahan min . kawen ni sbb nak ada orang sayangkan kita . manjakan kita . lebihkan kita . ni tak , kawan dulu baru isteri .. hmm pening laa min ..




