Assalamualaikum admin.Saya nak tanya pendapat la. Saya tengah buntu sangat. Saya ringkaskan cerita. Saya dah kahwin 17 tahun. Sepanjang kahwin, mak saya ni suka bagi saya gaduh dengan isteri dan pernah cuba bagi kami bercerai. Tapi sebab isteri saya ni baik, kami bertahan sampai sekarang. Isteri saya pun tetap berbuat baik dengan ibu dan ayah mertua walau apa pun perbuatan mereka. Kadang sedih tengok isteri, macam2 buat nak ambil hati mak dan ayah mertua, tapi mereka hanya nak ambil kesempatan.
Ditakdirkan Allah, saya dan isteri berjaya dalam perniagaan. Mak ayah tak senang duduk minta itu ini. Saya bagi.Mereka suruh tambah duit belanja saya tambah. Apa mereka nak saya bagi.
Adik2 saya ambil kerja dengan saya. Tapi bila mereka buat hal, saya yang akan disalahkan. Mereka sampai lain, lalu saya kena maki.
Tapi bila susah, mak ayah saya tak lupa minta bantuan dgn sy. Ada beberapa orang adik beradik yang dah tak baik dgn sy, mak ayah sayang mereka lebih. Selalu kata mereka betul, saya salah.
Apa saya buat semua tak kena. Mereka buat salah ttp nampak betul.
Untuk makluman, ada 3 ipar dan adik beradik saya yang tak balik ke rumah orang tua disebabkan sikap mereka.
Tapi isteri saya selalu nasihatkan saya supaya bersabar. Kemuncaknya ialah bila kami masuk campur hal adik lelaki yg kerja dgn kami, yg nk kahwin lain dan tinggalkan isteri dia. Kami kesian dgn isteri dia dan masuk campur. Tapi akhirnya mereka berbaik dan cerita lain pada orang tua. Kena lagi saya maki dgn org tua. Adik saya di orang kesian, saya dengan isteri dituduh jahat.
Mereka duk kampung, mak ayah saya tanggung dari duit yang saya bagi.
Ayah dan mak saya doakan perniagaan saya bankrap, doakan saya lumpuh tak boleh jalan dan macam2 makian.
Nak dijadikan cerita, tak lama tu ayah saya yang ditimpa eksiden dan tak boleh jalan. Adik beradik tak kisah dan akhirnya saya yang bawa ayah ke hospital swasta sampai sembuh. Tapi bila dia sihat langsung dia tak datang ke rumah saya. Tapi saya sabar lagi.
Dan baru ni, dia maki saya lagi dan doakan saya dipanah petir pulak.Sedihlah saya macam ni. Adakah sebab saya dan isteri terlalu baik diperlakukan macam ni? Apa yang orang cakap semua saya dah buat. Buat solat hajat, mendoakan malah saya ke makkah mendoakan mereka je.
Terkini saya dengar mereka nak bomohkan isteri saya konon saya ni takut bini dan nak jumpa bomoh supaya syarikat kami bungkus.
Buntu lah saya min. Kalau jumpa ustaz semua suruh sabar je
17 tahun min saya sabar. Selain sabar ada solusi lain tak




