Assalamualaikum admin. Berat rasanya akak nak meluahkan dengan orang. Tapi akak nak ceritalah. Kesah rumah tangga akak yang beronak duri. Moga boleh dijadikan pengajaran dan tauladan. Hidup kita tidak akan sentiasa senang, Allah akan beri nikmat yang byk kepada kita , dan Dia juga akan menduga kita dengan dugaan yang setimpal juga.. Syurga tu bukan boleh masuk free ye dik Banyak pengorbanan yang kita perlu hadapi. Semoga kita tabah hadapi semua dugaan dunia. Kisah rumahtangga akak. Akak dah bernikah dengan suami lebih 15 tahun, kami ada anak 4 orang. Selama akak berkahwin memang akak ingat akak lah wanita terbahagia dalam dunia sebab Suami akak sangat baik dengan akak dan anak2. Cuma admin, sejak dpt tahu dia curang dengan akak, hidup akak gelap rasanya, boleh rasa mcm nak gila. Tapi akak istighfar byk2. selama ni akak ingatkan dia setia dengan akak. Dia curang dengan beberapa wanita.. Ya Allah, Tuhan menguji akak dengan dugaan yang kuat. Akak dpt tahu pun dari hp dia.. admin kalau dia setakat keluar pegi dating tu takda la akak geram sangat, tapi yang ini sampai hubungan intim yang menyebabkan akak sakit sangat… budak2 tu muda pulak tu hampir separuh umur akak.. muda cantik tapi syangnya maruah mereka sangat murah. Duit abis joli utk budak2 yang baru nak up tu. Maruah kau murah sangat ya dik..
Apa yang suami buat kat akak? Kenapa dia buat mcm tu? Admin kau nak tau, akak seorang yang relaks min, takpernah la nak jeles taktentu pasal, cool je akak ni.. tapi bila da jadi mcm ni akak rasa mcm nak gila. Orang kata jangan cemburu suami tak suka kena kongkong, tapi ni la dia balas atas kepercayaan akak. Bila akak tanya dia, memang nampak muka dia serba salah. Mula la pusing cerita.. takut.. suami syang oi kalau nak menipu pun agak agaklah. Dan dia taknak mengaku. Lepas akak keluar rumah baru terhegeh hegeh nak cari akak mohon maaf semua taknak hilang akak la anak anak la.. dia suruh akak pikir jangan la nak sia siakan perkahwinan yang lebih 15 thn ni. Yang awak curang sebelum ni awak takpikir perkahwinan kita ni? Sedangkan awak seronok seronok dengan perempuan lain.. perempuan2 jalang tu jugak awak cari.. yang halal depan mata awak taknak.. cari jugak yang haram. Bila perempuan halal ni nak tinggalkan awak baru sedar awak takboleh hidup tanpa perempuan yang mengandungkan dan melahirkan anak awak ni ye? Baru sedar ke?
Admin, kau tau tak memang suami akak ni dia hensem, ada rupa, ada kerjaya. Tapi dia lupa admin.. isteri dan anak anak la sumber rezeki dia murah. akak cakap dengan dia, sila la cari perempuan lain.. yang sanggup terima perangai awak ye… Dia merayu dengan akak admin.. jangan tinggalkan dia.. akak sakit min.. sakit sangat.. berkecai kepercayaan akak beri selama ni min.. akak pulak yang buat solat taubat bila dpt tau dia buat dosa tu, tapi dia relaks je.. bila akak takda baru la dia cakap dia nak berubah.. dia mula solat, sebelum ni dia lalai, culas.. lupa tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Akak memang syang dia, akak bagi dia peluang, akak nampak dia berubah.. tapi hati akak masih sakit min.. akak belum dpt redha.. belum dpt pasrah..walaupun benda tu da lama berlalu.. moga akak dpt meredhai apa yang da jadi
Akak cuba bertahan demi anak anak dan keluarga.. mertua akak sangat baik min.. akak bertuah dpt mertua yang baik.. cuma akak taksanggup nak sakitkan hati orang tua dengan perangai anak dia tu.. akak tau mertua akak akan backup akak.. sebab dia syang akak.. kalau ikut sakit hati memang da lama akak tinggal anak dia tu.. taksedar dek untung, tak bersyukur. Tapi akak taksanggup buat mcm tu. Akak masih ada hati dan perasaan. Tapi akak cuba bertahan.. hubungan akak dengan suami memang baik sekarang.. Cuma hanya diri akak yang masih belum dpt lupa, nak cuba utk redha dengan ketentuan Allah.. susah tapi akak takkan putus asa berdoa.
Akak pelik bila dgr cerita orang kawin tak sampai 2 tahun dah bercerai berai. Dugaan sikit je, korang da bercerai.. akak ni pikir akak nak nikah sekali je dlm hidup akak. taknak nikah byk kali.. walaupun akak tau ada lelaki lain yang minat kat aku.. sebab orang cakap akak masih cantik lagi walaupun anak da 4 orang.. sorry la encik ye.. sy walaupun ada masalah rumahtangga sy akan cuba pertahankan selagi sy mampu. Bukan nya bila ada masalah terus nak cari orang lain.. tu tak matang namanya. Mungkin orang akan kata akak bodoh, sebab masih boleh terima suami yang curang. Akak ambil perkara ni secara positif. Tuhan nak beri kita dugaan sebab nak tgk sejauh mana dia memerlukan Nya.. akak dan suami dulu jauh dengan Allah, jadi Allah jentik akak dan suami dengan dugaan mcm ni. Utk sedarkan akak dan suami yang kita ni manusia kerdil. Allah beri kita peluang utk bertaubat. Beri peluang dengan hambaNya. Jadi sebabg manusia, akak beri peluang dengan suami akak untuk dia berubah. Cuma akak bagitau dia, jangan sia kan peluang yang akak beri. Dan dia berubah, Alhamdulillah, kami sudah mula solat berjemaah. Kami sudah mula bahagia. Dan suami akak cuba untuk pimpin akak hidup bahagia. Walaupun berat dugaan ni. Akak bertahan. Sebab akak nak hidup cari keredhaan Allah.
Kalau ikut sakit hati, memang rasa nak balas dendam. Nauzubillah min zalik. Tapi apa la gunanya, sama jugak la akak ni mcm perempuan jalang.. curang dengan suami.. akak takkan merendahkan maruah akak hanya untuk membalas dendam. Mudah mudahan Allah beri ketenangan dan keredhaan dlm hati kami suami isteri.. Akak tau ramai yang akan kecam akak min akak lebih matang sekarang akak nak didik anak2 akak kenal agama. Utk anak anak akak lebih hormat dengan wanita dan ibu bapa.. ada hikmah sebalik kejadian ini. Walaupun sakit, Allah lebih Mengetahui apa yang hambaNya tidak ketahui.. moga hidup kita menemui kebahagiaan dunia dan akhirat.
Akak doakan semua yang baca kisah akak, dipermudahkan urusan jodohnya. Mudah mudahan pasangan kita boleh membawa kita ke jannah. Dugaan yang Allah beri, kita terima ni sesuai dengan ketahanan hambaNya. Syukur dengan pemberian Nya. Jangan bongkak. Sentiasa sangka baik.. akak akan cuba untuk redha.. susah memang susah.. asyik terkenang memori silam.. setiap kali terkenang, cuba la sujud pada Nya. Mengadu pada Nya. Allah Maha Mendengar.. Salam penghujung Ramadhan. Moga kita semua dirahmati oleh Allah swt. Insha Allah. Coretan dari kak esah.