Assalamualaikum KRT. Ini kisah tentang suami yang obses dengan game Mobile Legend. Suami aku terlalu taksub dengan game tu sampai dia dah berubah bagi aku.
Dahulu dia penyayang, sejak dia kenal dengan game tu.. dia tak nak tidur malam. Dia berjaga sampai subuh. Bila aku dan anak bangun.. dia pula tidur. Dia kerja syif.. Kami rindu nak bersama dia. Tapi bila aku suarakan pasal ni dia mesti marah Sampai pernah dia terajang aku dan tarik aku jatuh katil sebab dia kata aku bagi tekanan. Aku hnya kesiankan anak yg kesunyian.. bila suami tidur anak selalu kacau sebab dia nak ajak bermain.
Sekarang dia ceraikn aku sebab dia kata aku bagi dia tertekan dan tak hormat dia. Aku sedih. Aku pujuk dia nak berbaik semula.
Aku hanya fikirkan pasal anak. Aku sedar aku bukanlah isteri yang baik. Mungkin betul..aku tak faham dia mungkin juga aku bukan terbaik buat dia. Tapi aku tak nak bercerai . Aku takut masa depan anak aku rosak kerana ibu bapa dia berpisah. Sekarang kami dalam proses penceraian. Sedihnya hati aku. Aku murung, tak lalu makan hanya mampu tidur dan brfikir soal ni selagi belum selesai. Mak aku terpaksa cuti sebab nak jaga ank aku. Mertua aku juga umpama salahkan aku bila kami bercerai. Mungkin suami aku buruk2 aku pada mereka. Biarlah aku tak kisah.. janji masa depan anak aku terjamin. Aku tak nak tgk anak aku sedih kemudian hari. Terlalu banyak risiko untuk hidup sebagai janda dan ibu tunggal.
Aku tak mampu. Korang doakan aku kuat dan dapat berbaik semula dengan suami aku demi anak aku. Aku sayangkan keluarga aku meskipun aku terluka dan kecewa.




