Assalammualaikum admin tolong hide profile saye ye….saya dah 3 tahun berkahwin pada usia 16tahun dan selamat melahirkan seorang baby girl…perkahwinan saya ibu bapa saya yang atur saya tak kenal pun laki saya balik dari sekolah je dah kene bagitau seminggu dah nak kahwin rasa nak lari jak min tapi konon jodoh dari ibu bapa akan membawa kebahagiaan tapi bukan kebahagia yang mnanti.
husband seorang yang baik tapi sering bercerita tentang kisah lalunya bersama bekas isteri dan sering membandingkan saya dngan bekas isteri nya.. ialah min bekas janda dia tu putih melepak syaa ni emmm entah lah min. tapi kadang husband selalu mengumpat saya dengan family dia keluarkan keburukkan saya kadang saya nak minta duit belanja anak pun susah apa lagi keperluan saya min bila sya dah terpakai duit lebih daripada yang dia had kan dia akan marah dan mengambil duit dari saya dan cakap saya ni boros saya hanya belikan pampers dengn susu tepung untuk anak saya saje min nak bagi ibubapa sya duit pun dia berfikir 10 kali..
bekas isteri dia dah berkahwin dengan lelaki lain tapi bila terserempak husband akan mengelabah macam pasangan couple first time brjumpa… sekarang kami bergaduh pasal duit hasil bisnes saya kurang rm100 saya tak tahu mana pergi duit tu mungkin juga tercicir dari dompet saya… saya bisnes guna duit dia min semua duit dia yang pegang…. lepastu malam seterusnya kepala saya tumbuh bisul nak bangun pun tak larat berdenyut 1 kepala nak minta duit nak pergi klinik dia marah dan mengungkit duit rm100 yg hilang tu kata sya ni boros dan cuai nak berduit..
saya dah tak tahan dah saya marah dia balik sebab kepala rasa nak tercabut je saya suara kan hati nak minta cerai tapi ibu bapa saya mau saya beri peluang kedua…saya buntu min patut kah saya bagi peluang kedua…




