Assalammulaikum admin.. Saya pinjam fb sepupu saya. Harap admin dapat siarkan.. Saya merupakan isteri ke2 yang menetap diutara tanah air dan suami serta madu saya memang Ada dlm page nie. Memang semua orang pandang hina kepada isteri ke2 kerana dianggap perampas. Saya taknak buka aib siapa2 disini memang salah saya berkahwin dengan suami orang. Saya nk personal meseg semua dah di blok.
Abang.. Saya minta maaf sepanjang perkahwinan kita saya buat kesalahan dan kesilapan kepada abang. Saya sayag abang dunia akhirat.Setiap masa saya sentiasa menunggu abang pulang.Saya faham keadaan abang segala tanggunjawab abang sebagai suami,bapa kepada anak-anak kita saya galas sendiri. Saya redha apa yang terjadi. Abang tak pernah menzalimi saya sebaliknya saya yang menzalimi diri saya sendiri.
Ampunkan saya abang kerna tidak mampu menjadi seorang isteri yang baik dan patuh kepada suami. 8 tahun saya bertahan tanpa sebarang tanggunjawab dan sekarang saya terpaksa bawa anak kita pergi jauh dari hidup abang. Dan selama 8 tahun juga saya hnya mampu lihat abang dari jauh. Abang tau tak dulu setiap hari saya mesej bukan sebab saya gila tapi saya nak abang jalankan tanggjawab. Saya tak mahu abang pincang diakhirat..
Setiap masa bila fone bunyi saya harap abang yang akan call.Allah maha kuasa. saya takmenyesal berkahwin dengan abang cuma saya menyesal sebab saya pilih jalan yang salah. Abang dah gelar saya gelaran paling hina untuk seorang isteri. Saya redha. Saya takkan kembali lagi kpd abang. Saya doa abang bahagia bersama keluarga dan jangan ulangi kesilapan kahwin lain bila tidak mampu untuk berpoligami.




