Assalamualaikum semua saya seorg wanita mengndung 8 bulan yg baru ditalak 2 pd hari sabtu lepas. Cukup tiga talak bila dikira sekali lafaz talak 1 yg ex suami lafaz masa bulan 9 tahun lepas.
23hb ni baru sy dgn ex akan lapor penceraian di makhamah. mesti ramai yang marah kt ex saya, sedagkn punca masalah ini adalah saya. Saya alami gangguan emosi yg teruk, minggu lepas sy keluar rumah bersama anak sambil diambil oleh keluarga sy. Perkara ni buat ex suami sy sgt terluka. Saya jahat sgt. Sy ckp buruk mcm2 kt ex suami. Saya ada pukul dia di kepala, ada berkasar dgn dia. Saya xbg dia cium anak pon sebelum keluar rumah tu.
dua hari lepas, saya cabar suami lafaz cerai kalau dia btul2 tak sayang dan tak boleh terima saya dah. Saya tahu suami sy masih syg sy tp sbb dia terluka krn sy dah jatuhkan maruah dia dn jd isteri derhaka. Dia pon lafaz talak 2 dlm keadaan dia lupa dia ada lafaz 1 talak tahun lepas. Dia meraung lepas lafaz. Saya tak berhenti nanges. Saya rasa bodo dgn diri sendiri.
skg suami sy tinggl rumah tu sorg2, makan minum dia terabai. Dia jga jatuh sakit sbb terlalu rindu dgn anak. Dia masih syg sy cuma sy ni dah terlalu bnyak menyakiti dia dn menyusahkan dia. Saya kahwin cina buta, ye memang tau hukumnya berdosa tapi ni je jalan saya dapat kembali bersama dengan suami sy. sy dah jumpa seorg lelaki yg sanggup nikah sehari dn bercerai utk keesokannya.
skg sy nga tunggu abis tempoh iddah sbb dh talak 3. Saya nak berpantang 3 minggu dn seterusnya fokus settle nikah dgn suami baru dn bercerai selepas nikah sehari krn sy nak lulus syarat dpt akad baru dgn suami lama sy. Lepas abis tempoh iddah dgn suami baru, sy nk aqad baru dgn suami yg sy syg sepenuh hati dn bertaubat sbb sy tahu kahwin cina buta ni ALLAH laknat walaupn sah nikah semula dgn suami pertama lepas dh bercerai dgn suami baru dn selesai tempoh iddah dgn suami baru.
Siapa pernah alami kisah seperti sy? Saya syg sgt kt suami sy dn anak anak. Saya xnk anak anak jd mangsa keadaan krn sy dn suami bercerai hidup. Ya mmg kami buat silap, selagi sy hidup sy akan mempertahankn apa yg boleh. Semoga ALLAH terima taubat sy dn suami.
terima kasih admin siarkn.




