Assalamualaikum,
Saya tak tahu macam mana nak mulakan cerita. Tapi Saya harus luahkan apa yg Saya rasa sekarang terlalu teruk. Saya berada dalam tekanan yang melampau. Saya tak mampu maafkan diri Saya kerana sepanjang 10 tahun berumah tangga Saya terlalu memberi suami Saya peluang dan ruang setiap kali dia gagal menjadi suami dan Sepanjang kahwin dia tak pernah belikan apa2 pada Saya, Saya pula selalu sempurnakan hidup dia di samping keluarga dia. Saya selalu maafkan perbuatan dia sehingga bagi semuanya mudah tanpa dia fahami perasaan Saya sebagai isteri. Ucapan terima kasih tak pernah di ucap, walaupun dah melahirkan 4 orang anak untuk dia.
Tanggung jawab sebagai suami sering diabaikan. Nafkah Saya dan anak2 tak pernah menjadi tugas dia. Hari ni Saya ditinggalkan kerana keluarga dia. Saya rasa diri Saya diperbodohkan selama ni. Saya sia2 kan usia Saya dengan lelaki yang tak guna. Saya kemurungan yang panjang. Say tak tahu nak bangkit berjuang demi anak2 macam mana.




