Hi min. Aku bukan nak dapatkan pendapat onion2 kat sini sebab aku tahu boleh dapat kecam jer. Orite by the way aku ni kerja Supervisor ada anak 2 orang. Bini aku cantik min. Pernah dulu ada ballak ingat bini aku tu anak dara siap tanya kat orang nak minang bila orang tu cakap kat ballak tu bini aku tu bini orang terkejut siut dia. Bini aku tak de feeling dengan aku. Senang cakap cinta sebelah tangan la tapi bini aku terima aku seadanya.
First night aku hambar sebab bini aku tak de feeling dengan aku. Its okey maybe bini aku perlu masa untuk terima aku. Sebab dia frust teruk tunang dia men!nggal. Tapi setahun aku tunggu min dia tetap kayu min. Aku rasa mula fed up. Tapi dia baik mak aku pun sayang dia min. Dulu aku kantoi bila bini aku aim bush aku punya HP. Bila dapat tahu aku ada scandl tahap laki bini. Dia ajak aku kaunseling kalau nak terus bersama dia.
Then sebab tak nak kehilangan dia aku ikut min. Agak2 korang kalau pompuan lain lunyai aku min. Tapi bini aku selamba jer cool jer tak de mengamuk bagai just nangis2 dan cool down. Tak ade nak lari ngadu mak bapak dia. Masa ke pejabat agama kadhi pun confius ni datang nak temuduga nikah atau nak kaunseling. Sebab bini aku cukup cool bila khadi tanya aku apa yang aku tak puas hati dengan bini aku. Aku tak tahu nak cakap apa sebab bini aku okey jer just aku malu nak cakap bini aku tak de feeling ngan aku.
Bini aku kayu min. Dia just beri apa aku nak macam batang pisang. Lepas kaunseling tu aku janji dengan bini aku. Aku akan berubah. Padahal aku honeymoon siang malam dengan Nani. Hinggalah aku kantoi dengan mak ayah aku, itu pun adik aku pedajjal aku. Pecah lubang. Bila mak aku sampai rumah menangis dia dan cakap tak mengaku aku anak jika aku kawin dengan Nani. Bini aku tenang jer dia cakap biarlah aku kawin dari buat maksiat. Mak ayah aku tak setuju.
2 tahun aku dengan Nani sampai satu masa tu aku broke up mertua aku langsung tak tahu hal rumah tangga kami sebab Bini aku rahsiakan semua. Malah aku perfect di mata mertua aku. Bini aku pandai cover line. Then bini aku kenal dengan seorang ustazah. Hubungan dia dan ustazah tu makin rapat. Dorang sama2 buat bisness online. Satu hari tu dia luahkan hasrat untuk pakai Niqab. Aku okey jer.
Selepas berniqab wife aku mohon nak berhenti kerja dan focus kepada rumahtangga. Padahal selama ini walau dia kerja urusan rumah tangga tip top.
Riuh rendah dekat pejabat, aku rockers beb. Bini aku niqabis. Semak babe. Tapi aku okeyyy. Satu hari aku mula boring aku ayat anak darra tua dekat office aku. Dalam setahun gak. Kantoi lagi dengan bini aku. Bini aku ni ada ilmu ke min asal aku tukar password dia boleh aimbush min. Ini kali ketiga aku kantoi min.
Semalam bini aku slow talk dengan aku dia cakap kalau aku sayangkan Shida dia sanggup pinangkan. Dia cakap tak nak aku terus buat maksiat. Tapi sebab dia tahu aku tak mampu dia suruh aku bincang dengan Shida. Kalau Shida sanggup sama2 susah dia okey jer. Tapi aku tak ada feel nak kawin. Bila aku diam bini aku message si Shida. Min bila Shida tunjuk message bini aku. Rasa nak menangis min. Bini aku cakap.
“Shida akak tak pernah salahkan Shida hanya perempuan yang faham perasaan seorang perempuan. Akak anggap Shida dan Abang Nan tak lebih dari ujian yang Allah berikan untuk menguji tahap sabar Akak. Bincanglah dengan family. Akak tak mahu Shida dan Abg Nan terus2an buat maksiat. Maaf Shida andai ada kata2 akk yang buat Shida tersinggung. Panjang lebar ceramah bini aku siap dengan dalil hadis bagai.
Aku pening min aku tak de niat dee nak kawin min. Aku dan pesan dengan bini aku jgn kacau Shida. Tapi dia degil min, Shida mula paksa2 aku. Aku sayang bini aku min. Aku rindu nak tengok sesuatu dari mata bini aku, feeling bila pandang aku. Susah ke dia nak beri hati dia padaku. Aku just dapat aimbush body dia tapi hati dia aku tak dapat min.
Dia terima aku sebab family dia desak dia suh kawin. Aku pening min macam mana nak buat bini aku ada feel dengan aku. Dia cantik min lelaki pandang dia cair min tapi bila engine dah start dia kayu min. Aku pening min. Bila aku pandang ustad yang ngajar bini aku min mula curi2 tenung bini aku. aku cuak min.




