Assalamualaikum admin dan pembaca kisah rumah tangga. Terima kasih sebab Post cerita aku. Maaf kalau cerita aku agak panjang. aku nak cerita sikit fasal isteri aku. Aku ni suami yang berkerjaya.. umur aku 30 tahun. Aku dah kawin 2 tahun dengan isteri aku. Umur isteri aku 20. Beza jauh umur aku dengan dia. Aku kawin dengan dia masa dia umur 18. Yela, kalau dah jodoh kan. Aku terima dan sayang dia seikhlas hati aku walaupun perkhawinan aku ni diaturkan oleh ayah dan arwah mak aku. Sebab mak aku nak sangat aku kawin masa tu.Sebenarnya isteri aku ni, anak pekerja ayah aku. Ayah dia driver lori kedai perabot ayah aku. Family aku dengan family dia ni memang rapat dan arwah mak aku memang berkenan sangat dengan isteri aku ni.
Okey..isteri aku ni anak bongsu dari 3 beradik.2 orang lagi tu abang2 dia. Arwah mak dia men!nggal dunia masa lahirkan dia. Jadi dia membesar dengan ayah dan abang2 dia. Isteri aku ni memang cantik. Dia tak sama dengan perempuan yang aku kenal sebelum ni yang acah2 gedk, manja.. kalau keluar nak pakai baju sama, jalan kena sama2. Tiap pagi nak kena wish morning, I lap u.. u lap me. Nak itu nak ini. Tapi isteri aku tak macam tu. Sepanjang 2 tahun aku kawin dengan dia.. aku tak pernah pun dengar dari mulut dia, dia cakap I love you. Tak pernah pun dia tanya aku sayang dia atau tak. Tak pernah pun dia mintak dekat aku, dia nak itu, dia nak ini. Walaupun aku tahu dia nak sangat barang tu.
Barang2 yang dia nak semua dia beli dari duit nafkah yang aku bagi dia tiap2 bulan.tiap kali keluar dengan aku pun, dia tak pernah nak pakai baju sama dengan aku walaupun aku yang suruh dia pakai baju sama dengan aku, tapi dia tak nak. Tapi layanan dia kat aku sikit tak pernah kurang. Pukul 5 pagi dia dah bagun, untuk sediakan sarapan aku, iron baju kerja aku. Kemas rumah, dan segala benda dalam rumah ni dia yang uruskan tanpa banyak soal walaupun dia penat.
2 minggu lepas, ex aku datang rumah aku jumpa kami waktu tu aku cuti Aku putus dengan dia pun sebab mak dia suruh kawin dengan pilihan mak dia dan sekarang dia dah jadi janda anak dua. Masalah sekarang, ex aku ni nak bermadu dengan isteri aku. Seriously, aku memang sayang ex aku… dalam masa yang sama aku lagi, sayang isteri aku dan aku tak nak hilang isteri aku.
Tapi yang buat aku terkesan sangat, isteri aku berubah sangat2. Aku bangun pagi, tapi dia masih lagi tak bangun. Aku pergi dan balik kerja pun, dia buat tak tahu je. Kadang2 aku bangun pagi… aku tengok mata dia bengkak, admin. Aku tahu dia menangis. Semalam dia balik rumah ayah dia, masa aku kerja. Dia WhatsApp aku, kata nak tenangkan fikiran. Jangan cari dia dalam waktu terdekat ni. Sumpah aku cakap aku sayang dia sangat2. Tolong bagi idea untuk aku pujuk dia balik.