Mohon hide profile… Ada ke isteri2 macam saya. Yang dah terlalu penat mental dan fizikal? Rasa nak burn out? Rasa tertekan? Saya kecewa suami macam tak faham saya punya tenaga ada hadnya.. Awal subuh dah pergi kerja..balik kerja kehulu kehilir lengkapkan hal keluarga. balik rumah anak kecik2. Sentiasa menjerit, merengek, minta kita buat itu ini. dah tengah malam, kita juga yang buatkan susu, bagi anak2 tido. dah kita tido, ada anak yang bangun nak susu… Mana si suami sepanjang ini?? Tiba kita dah tido kepenatan, si suami tuntut nak layanan..
Bila kita kata penat, tarik muka seminggu.. Ya saya tahu mesti ada orang jawab passl teori agama tu. bukan saya tak tahu agama tapi saya ni manusia Kalu si suami tak cukup duit pn saya fhm, tak pernah minta sesuatu di luar kemampuan dia. malah kalau mahu apa2, semua guna duit sendiri. Kenapa orang laki susah nak faham kami ni tak cukup tenaga, mereka mengharapkan kita uruskan semua melebihi kemampuan tenaga kita.. Tolong jangan beri jawapan bod0h, kononnya saya patut bersyukur si suami masih nak tidur dengan saya.. Itu lah jawapan untuk orang yang nikah sebab sek*.
Cermin diri. sepatutnya kaum lelaki yang bersyukur si isteri tu, keluar cari nafkah, bantu keluarga, berdikari, dll.. Bersyukur kami tak cari lelaki lain. Apa ingat orang lelaki je ada impian nak perempuan sexi, cun? Kami perempuan pn ada impian nak suami kaya raya, bergaya, caring, romantis…. Jangan ingat orang laki je reti ada impian..Penat sangat saya rasa, mencukupkan semua yang kurang dlm keluarga… Dengan mslh di tempat kerja lagi.. Dengan gaji tahan beberapa hari shj. kemudian mula la tak cukup susu, pampers, makanan pun kena beli. Suami mana tahu, yang dia tahu, dia nak bila dia balik rumah, ada benda nak makan.. Dia tak nak tahu apa yang tak cukup..
Bila saya tengok si suami layan saya acuh tak acuh. saya kecewa. kadang saya cuba nak bersembang, tapi dia tak dengar pun..saya kecewa.. Berat sangat ke nak jadi pendengar kpd isteri? Tengok grup wasap suami, seronok je dia Bergurau dengan kawan2.. Dengan kita, ada ke dorang happy mcm tu? Balik rumah,muka masam, tengok muka kita pun tak… Tanya khabar kita pun tak.. Suara tak pernah nak manis…tup3 tengah malam, cari isteri, nak layanan.. Saya hairan orang laki suka sebut isteri tak pandai layan suami. tapi mcm mana layanan anda pd isteri? Maaf saya bukan isteri yang baik.. Saya tak mampu nak jadi isteri idaman suami mcm dlm drama…Saya cuma hidup sehari2 memastikan keluarga ni berjalan lancar…




