assalamualaikum dan salam ramadhan..mohon hidekan facebook saya..saya seorang lelaki dan juga seorang suami serta bapa kepada dua orang anak dankami telah berkawin selama 5 tahun… rumah tangga kami baik saja adakalanya bergaduh bermasam muka dan bertikam lidah juga.. biasalah adat berumah tangga.. tapi kami dapat selesaikan dengan baik.. jadi segalanya tidak akan berlarutan melebihi tiga hari..sebelum ini saya hanya menjadi silent reader dalam page ini cuma kali ini saya ingin berkongsi masalah juga..
pembaca yang dirahmati baru2 ini saya isteri dan anak2 telah pulang ke kampung saya untuk sama2 berbuka puasa.. isteri sangat teruja sebelum memulakan perjalanan dia sudah mula membeli barang2 untuk dibawa masak ke sana tidak cukup itu isteri juga membeli juadah buah buahan atau apa sahaja yang berkenan di hati sepanjang perjalanan untuk dibawa ke rumah ibu saya..
kami sampai pada pukul 6 petang, bila sampai disana emak dan adik perempuan saya memerli kami suami isteri katanya sudah masak semua datang berlenggang perut sahaja lebih baik tidak payah.. saya abaikan sahaja apa yang dikata cuma saya perasan isteri saya air mukanya agak keruh mungkin dia terasa hati.. Tidak cukup sampai di situ sahaja saat berbuka juadah yang isteri saya beli langsung tidak disentuh mereka .. di mana kekurangan saya pun tak pssti sudanya saya lah yang makan.. waktu habis makan saya lihat isteri banyak temenung… waktu sahur pun makan sedkit saya sudah menyuruh isteri melupakan hal tersebut tapi dia hanya diam.. sewaktu kami pulang ke kl isteri masih lagi termenung dan kurang bercakap dengan saya… saya rasa isteri masih berkecil hati dengan keluarga saya… apa yang patut saya lakukan?saya sudah menyuruh isteri melupakan hal tersebut tapi sia2 kerana isteri masih lagi dengan sikapnya yang kurang ceria dan suka termenung…




